Catatan Riwayat Hidup Syed Idrus kadir Alaydrus. MENYIAPKAN SALASILAH DAN SEJARAH TAWAU. Catatan ini sudah lama siap tetapi tugasan dan pelbagai halangan menjadikanya faktor kelewatan. Niat ikhlas mengatasi halangan. Akhirnya riwayat hidup Syed Idrus meskipun tidak sepedat yang diharapkan namun sesuatu sejarah telah tercipta dalam ruang lingkup kehidupannya untuk penghayatan dan tetapan generasi pelanjut keturunannya. 2. Sesiapa disebut bernasabkan Rasulullah saw, dalam usia semasih muda tentunya kadangkala terpinga. Kalangan tua, misalnya masih ramai yang daif mengenai salasilah keturunan sendiri meskipun tergolong dalam kategori ahlulbait. Bahan bacaan dan rujukan sukar diperolehi. Ketika di sekolah rendah, seorang teman memaklumkan Syed Idrus bahawa keturunan ahlulbait berhubungkait dengan nasab Rasulullah saw. Seperti sesiapa juga, Syed Idrus tergeman dan memaksa diri nya mencari sesuatu jawapan kepada persoalan itu. Sesuatu usaha perlu ada bagi menggerakkan permulaannya. Rintangan bukan halangan malahan dorongan. Segalanya memerlukan ketabahan dan keperitan yang dihadapi merupakan cabaran ketahanan diri. Teman seusia meskipun seketurunan, tidak berminat Pada mereka melaku kerja sebegini tanpa hasil yang diperolehi sifatnya membazirkan masa sahaja. Berusaha tanpa bosan, insya-Allah khazanah tersembunyi dan tersimpan lama akhirnya diperlihatkan. Mengetahui nasab dan faedahnya merupakan anjuran Abu Hurairah r.a., Umar r.a., Sayyidina Ali r.a., malahan Nabi Muhammad saw sendiri berterus terang mengingatkan kalangan umatnya belajar dan mempelajari nasab lewat hadith dan sabda baginda dan para sahabatnya. Di dalam Al-Qur'an surat Al-Hujarat ayat 13, ALLAH berfirman: "Hai manusia ! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan .dan kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa,supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan ALLAH ialah yang lebih bertaqwa." Dari Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasullah SAW: "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan dantara kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan menjadikn ALLAH ridho". (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim). Dengan itu jelaslah bahwa ilmu nasab adalah suatu ilmu yang agung, berhubungan dengan hukum-hukum syariah Islam. Orang yang mengingkari keutamaan ilmu ini adalah orang yang jahil, pembangkan dan menentang ALLAH dan Rasul-Nya. Kedudukan ilmu nasab yang penting di ketahui dalam syariah dintaranya adalah: 1. Mengetahui nasabnya Rasulullah SAW, yang mana nabi SAW bersabda dalam hal ini katanya: "Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusai bin Kilab (nama sebenarnya Hakim) bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr (Quraish) bin Malik (An Nadhir) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan". (Diriwayatkan oleh Ibnu Assakir dari Abdullah bin Abbas). Tak seorangpun meragukan akan kebenaran nasab dari Rasulullah SAW yang tersebut diatas. 2. Mengetahui asal keturunan para Imam (pemimpin) seperti dinyatakan oleh Ibnu Hazm, "Seseorang wajib mengetahui bahwa khilafah tidak boleh dipegang melainkan oleh keturunan Fihr bin Malik (An Nadhir) bin Kinanah". Hal ini tidak akan diketahui melainkan dengan mengenali Ilmu nasab. 3. Saling mengenal diantara satu sama lain sehingga seseorang tidak dinisbahkan kepada selain ayahnya atau datuknya, karena sabda Rasulullah SAW dalam riwayat Imam Bukharie mengatkan: "Seseorang yang mengaku orang lain sebagai ayahnya padahal ia mengetahuinya maka ia telah berbuat kekufuran dan siapa yang mengaku kepada nasab bukan nasabnya maka hendaknya ia menempuh tempat tinggalnya dalam ap neraka" Kata Sayyidina Ali r.a. “ Muliakanlah keluargamu kerana mereka adalah sayap yang kamu pergunakan untuk terbang, dan dengan mereka kamu menang, dan dengan mereka kamu menjadi tinggi dan mereka adalah persiapan bagi masa kesusahan. Muliakanlah yang mulia di antara mereka dan jenguklah yang sakit di antara mereka dan ajaklah mereka bekerjasama di dalam urusan-urusanmu, dan bantulah yang miskin di antara mereka.” Seorang penyair berkata: Jika kamu dianugerahkan kelebihan harta Maka berilah kepada keluarga dekatmu kelebihan kekayaanmu Dan ketahuilah bahawa kamu tidak dijadikan pemimpin di kalangan mereka Sehingga kamu dilihat mempunyai akhlak yang lemah lembut 3. Pada bangsa Arab, mengetahui nasab atau salasilah merupakan soal utama atau pokok. Sehingga kini salasilah keturunan terus terpelihara dan tersusun. Setiap individu Arab diwajibkan menghafalkan leluhur keturunan mereka. Sejarah silam di negara Persia pernah berlaku. Fenomena ini sendiri diperakui oleh Penglima Rustam. Ketika itu Mughirah bin Syubah menghadap Penglima Rustam. Pembesar-pembesar kerajaan Persia mengejek Mughirah kerana pakaiannya compang-camping. Mughirah mengulas perang buruk mereka. Kata Mughirah, orang Persia tidak mempunyai prestasi. Mereka hanya mementingkan pakaian dan kesenangan hidup berbeza dengan bangsa Arab yang tidak mementingkan pakaian tetapi keturunan sehingga mereka mempunyai prestasi. 4. Tahun 1970, ketika berada di tingkatan 5, peringkat menengah, Syed Idrus merupakan di antara 250 pelajar dikehendaki menyiapkan sebuah esai bertajuk “ My ancentor ” atau “ How Tawau was named? ”. Susulan hasil penulisan ini, rasionalnya, K.J. Goodlet cuba menyelami pendapat para muridnya mengenai sejarah Tawau sekaligus mengenalpasti ‘ orang lama’ bagi memperolehi sumber-sumber yang diperlukan untuk menyiapkan thesisnya. Syed Idrus memilih Habib Sheikh sebagai tajuk esai Syed Idrus . Habib Abdul Rahman, datuk Syed Idrus menyediakan bahan tetapi malangnya susunan keturunan yang diingatinya terhenti hingga urutan datuknya sahaja bernama Syed Hussin. Ungkilan yang diperolehi, Mr. Goodlet menemuduga 50 ‘orang lama’ termasuk datuk Syed Idrus bagi memperolehi infomasi memperlengkapkan sumbernya. Tahun 2001, Mr. Goodlet kembali ke Tawau. Lewatnya Syed Idrus terlihat gambar Habib Sheikh bersama Residen yang dirakamkan pada tahun 1922. Tahun 1991, Syed Idrus menyusul di ALMAKTAB ADDAIMI, Kantor Pemeliharaan Sejarah dan Statistik Alawiyin – Arrabitah Al-Alawiyah, Jakarta dan berhasil memperolehi keturunan Habib Sheikh sehingga sampai ke urutan terakhir Rasulullah saw. Tahun 1997, Syed Idrus ke tanah kelahiran Habib Sheikh, Palembang, Sumatera. Bertemu Dr. Ali Saugi Al-Kaff di kediamannya dan lewat pakar salasilah nasab ini, saudara datuk nya Habib Sheikh, Syed Hussin bernama Syed Muhdar tercatat menetap di Mukha, Yemen. Begitu juga para zuriat keturunannya. Buku karya Mr. Goodlet bertajuk “ The Origin and Early Development of the TAWAU COMMUNITY 1880-1942” siap tahun 2003. Lewat buku ini, ruang lingkup hidup Habib Sheikh terutama ketika berfungsi selaku Penghulu di Tawau seperti yang didokumentasikan oleh The British North Borneo Herald, warta rasmi Syarikat Piagam Borneo Utara British akhirnya memperlengkapkan pencarian Syed Idrus sekian lama mengenai seorang pendahulu yang amat Syed Idrus kagumi. Habib Sheikh Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Syed Idrus Di Lahirkan Pada 02’06.1948 .Di Kampong Arab. Batu 2 Jalan Apas.Tawau Sekarang Kampung Ini Di Panggil Sebagai Kampung Habib Abdulrahman. Sepanjang Hayatnya Syed Idrus Kadir Banyak Memyumbang Dalam Membuat Kajian Berkenaan Masyarakat Arab Syed ( Ba Alawi ) Di Tawau .Sehingga Terkumpulnya Data- Data Salasilah Keluarga Mereka, Beliau Satu-Satunya Pewaris Syed Yang Banyak Mengatahui Sejarah Latarbelakang Habib Sheikh Bin Abdulrahman Al Aydrus Dan Habib Umar Bin Abdulrahman Al-Hinduan. Beliau Berasal Dari Keturunan Habib Sheikh Al Aydrus Dari Sebelah Ayahnya Dan Habib Umar Al-Hinduan Dari Sebelah Ibunya, Nenek perempuannya Sharifah Mariyam Binti Habib Umar Alhinduan . Beliau Telah Di Gelar Ahli Nasab Pertama di TAWAU. Walaupun Habib Sheik Dan Habib Umar Alhinduan Orang Yang Terawal Memelihara Nasab Di Tawau Melalui Perkahwinan Anak ,Cucu, Cicit Mereka. Bagaimana Pun Jasa Syed Idrus Tidak Dapat Di Lupa Kan Hingga Hari Ini. Syed Idrus Kalau Di Pikirkan Mula Mengkaji Latar Belakang Keluarganya Bermula Dari Tingkatan 5,bersekolah di St Patrick School dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Selepas tamat tingkatan lima, Syed Idrus melanjutkan pelajaran Peringkat Menengah,Baru Berusia 17 Tahun Ketiaka Itu Bagi Seorang Pelajar , Beliau Melanjut Kan Pelajaraan Hingga ke ITM Shah Alam .Bahagian Akaun. .Beliau Juga Banyak Membuat Sumbangan Kepada Masyarakat Tawau , Buah Pikirannya Dan Tenaga Semasa Menjawat Jawatan Di Politik Sri Tanjong Zaman Parti Berjaya ( Yang Memerintah Negeri Sabah Ketiaka Itu ) Dan Perna Menjadi Ahli Majlis MPT Tawau. Semasa Hayatnya Pada Tahun 1976 Hingga 2004 Di Politik. Dan Juga AJk, Setiausaha Koperasi Pekerja Pekerja Stevedoring Pelabuhan Tawau Berhad sejak dari di tubuhkan hingga beliau wafat. Beliau Seorang Pemimpin di kalangan Masyarakat Daerah Tawau pada zamannya .Bakat Dan Kebolehan Nya Tak Tumpah Seperti bakat Datuknya Habib Sheikh . Beliua seorang yang bijak pandai sebagai seorang guru tak hairanlah beliau Berjaya mendidik murid-murid beliau sehingga Berjaya. Beliau sendiri mengakui murid- muridnya berjaya sehingga dapat mengatasi beliau. Ilmu yang bernafaat kalau di kongsi ia akan bertambah .tak akan berkurang.seperti air akan mengalir terus . Beliau seorang Pemimpin kharismatik (charismatic leadership) erti nya, menekankan tujuan-tujuan idiologis yang menghubungkan misi kelompok kepada nilai-nilai, cita-cita, serta aspirsi-aspirasi yang berakar dalam yang dirasakan bersama oleh para pengikutnya. Selain itu kepemimpinan kharismatik juga didasarkan pada kekuataan luar biasa yang dimiliki oleh seorang sebagai pribadi. Pengertian sangat teologis, karena untuk mengidentifikasi daya tarik pribadi yang melekat pada diri seseorang , harus dengan menggunakan asumsi bahwa kemantapan dan kualitas kepribadian yang dimiliki adalah merupakan anugerah tuhan ( Allah SWT ). Karena posisinya yang demikian itulah maka ia dapat dibedakan dari orang kebanyakan, juga karena keunggulan kepribadian itu, ia dianggap (bahkan) diyakini memiliki kekuasan supra natural, manusia serba istimewa atau sekurang-kurangnya istimewa dipandang masyarakat. Syed Idrus Wafat Pada Usia 56 Tahun Dengan Meninggalkan 4 Orang Anak (2 Orang Lelaki , 2 Orang Perempuan), Pada 2004 .Di Hospital Sabah Medical Centre Kota Kinabalu. Jenazahnya Kemudian Di Terbangkan Ke Tawau .Dikebumikan Di Permakaman Kampung Habib Abdulrahman.Di Tawau Sabah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah swt. Aamiin. 5. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama menghayati secebis mutiara pesanan pendahulu kita yang pernah diungkap dalam sebuah puisi bertajuk ‘ Nasab ’ agar ikatan kekeluargaan antara kita kekal abadi sehingga ketemu kembali bersama di Haud Yaumil Mizan: Perbezaan sosial hidup kalangan Ahlulbait Jangan hendaknya merenggangkan ikatan kekeluargaan Leluhuran yang berasal daripada Al-Hassan r.a. dan Al-Husiin r.a. Biar terjalin seperti terjalinnya sejak zaman berzaman Terikat kukuh sekukuh-kukuhnya dan sekuat-kuatnya Seperti rapinya anak tangga yang tersusun tegap ke atas Yang diabadikan dengan secantik-cantik dan seindah-indahnya Seperti keindahan yang tersenerai dalam susunan Salasilah Keturunan Nasab Dengan lindungan Illahi mereka tegak tak terpunah Dengan kebenaran RasulNya mereka teguh tak terguyah Dengan kecintaan umatNya mereka tak tersingkir Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemar Kemuliaan mereka titisan suci darah Rasulur-rahman Terpadu dengan Kalam Ilahi di setiap dada beriman Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali ‘Imran Hingga semua kembali ke Haud Yaumil-Mizan Salam hormat dan sejahtera kepada semua. Mohon Bacakan Al-Fatihah Al-Fatihah Biniyyatil Qabuuli Wa Wushuuli Wa Hushuli Tamami Kulli Su’lin Wa Ma’muul Wa Shalahisy-Syaani Zhahiraan Wa Bathinan Fi Diin Wa Dunya Wal Akhirat Dafi’atan Likulli Syarrin Jalibatan Likulli Khairin Lana Walidiina Wali’awladina Wa ‘Ahbaabinaa Wa Masyaikhinaa Fid-Diini Ma’al Luthfi Wal ‘Aafiah Wa’alaa Niyyatin Yunawwiru Quluubana Wa Quwwalibanaa Ma’at Tuqaa Wal Hudaa Wal’afaafa Wal Mauti ‘Alaa Diinil Islam Wal Iiman Bilaa Mihnatin Wa Laa Imtihaanin Bi Haqqi Sayyidinaa Waladi ‘Adnaan Wa Likulli Niyyatin Shaalihatin Wa Illa Hadhratil Habiib Musthafa Maulana Sayidina Muhammad Shallallaahu Alaihi Wa Aalihii Wa Shahbihi Wa Sallama. Al-Fatihah......Aamiin “Kami membaca Al Fatihah dengan niat semoga bacaan kami diterima dan sampai kepada Allah serta dapat mencapai semua yang dicita – citakan, mendapat perbaikan keadaan lahir dan batin dalam urusan agama, dunia dan akhirat, serta menolak semua kejahatan dan mendatangkan semua kebaikan, bagi kami, orang tua kami, orang – orang yang kami cintai, guru – guru kami dalam agama, disertai kelembutan dan kesejahteraan. Dan dengan niat semoga Allah menerangi kalbu dan sanubari kami dengan cahaya takwa, petunjuk dan penjauhan diri dari keinginan – keinginan hina, dan meninggal dunia dalam keadaan memeluk Islam dan iman, tanpa disertai bencana dan cobaan, berkat kemuliaan putra Adnan (Rasullullah) , mengumpulkan semua niat yang baik dan bertambah – tambah cinta kepada sayyidina Nabi Muhammad SAW wa shohbihi wa sallam, Al Fatihah.” … Aamiin بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم. الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعاَلَمِيْنَ . الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ . مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ . اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْـتَعِيْنُ . اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ . صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ,غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ . آمِين Allahumm shalli ‘alaa Muhammadin, Allaahumma shalli ‘alaihi wassallim Sekian. Wassalam. Oleh : Syed Abdullah Putra Al Hinduan. Tawau Sabah .Malaysia 2.3.2014
Catatan Popular
-
kisah teladan para wali Allah dan ahli tasawuf, para sufi Rabiah Al-adawiyah, Al-Ghazali, Al-Jaelani. al hallaj,kata mutiara sufi, tasawuf, ...
-
Dikisahkan Syeikh Abu Hasan As-Syazili berkelana mencari mursyid dan bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang pa...
-
Beliau adalah seorang Sayyid dan Syarif (julukan khusus untuk keturunan Nabi Muhammad SAW) Imam para Wali dan orang-orang sholeh (Al-Qutub) ...
Isnin, 3 Mac 2014
Syed Idrus kadir Al-aydrus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan