Catatan Popular

Jumaat, 27 Mei 2011

ISU KONTROVERSI DI TV9 : PERNIKAHAN DI ANTARA SYED & SHARIFAH: SATU PENJELASAN

Assalamualaikum wbt.



Surat ini ditujukan kepada mereka yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menerbitkan sebuah rancangan bertajuk "Di antara dua darjat" yang disiarkan melalui program keluarga di 9 menerusi channel TV9 yang ditayangkan pada jam 1 tgh hari (bersamaan hari Isnin, 24 Disember 2007). Hos forum ini adalah Sdr. Aziz Desa.



Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan dihalusi kembali. Ia adalah seperti perkara-perkara yang telah di senaraikan di bawah :



(1) Tajuk Pembahasan

Tajuk yang diketengahkan adalah dua darjat ataupun yang lebih senang difahami, manusia yang suka membeza-bezakan sesama sendiri. Apa sebenarnya niat penerbit untuk ketengahkan tajuk ini? Ya, apa yang kita dapat fikirkan adalah untuk mengeluarkan kepongpong kebanyakan masyarakat yang sering berfikiran kolot dalam membeza-bezakan manusia itu sendiri terutama dalam urusan perkahwinan. Itu tidak dapat dinafikan dengan adanya sifat taksub yang teramat sangat yang berlaku sehingga timbulnya merendah-rendahkan manusia yang lain dengan mengklaim bahawa dirinya lebih baik daripada yang lain. Walaubagaimanapun, ada beberapa faktor yang perlu juga diambil kira sebelum kita membahaskan sesuatu tajuk itu. Kita perlu tahu apa motifnya, siapa yang bakal dikaitkan dalam pembahasan tersebut, serta apakah natijahnya setelah pembahasan itu. Setiap kebarangkalian yang bakal terjadi perlu di lihat dahulu sebelum membincangkan sesuatu isu lebih-lebih lagi isu yang disiarkan di kaca televisyen. Ia disebabkan orang yang lihat program di TV ada yang berilmu dan ada yang jahil. Saya berpendapat isu tersebut sememangnya amat kontroversi dan sensitif, kerana ia akhirnya melibatkan maruah keluarga Syed & Sharifah (yakni kaum kerabat keluarga Rasulullah saw). Secara kesimpulan, isu tersebut sama sekali memberikan kesan-kesan yang negatif kepada penonton yang melihat dan mendengarkanya (terutama bagi mereka yang kurang ilmu). Lebih-lebih lagi apabila tetamu yang dijemput adalah tidak begitu arif tentang masalah ini. Ia memberikan satu bayangan seolah-olah, penerbit program itu ingin benar sekali perkahwinan sesama taraf di pandang negatif oleh masyarakat.



(2) Tetamu undangan : Sharifah Salasiah Al-Hamid (kalau tak silapla)

Pihak penerbit mengklaim bahawa tetamu undangan ini adalah wakil kepada ASYRAAF (Persatuan Kebajikan Syed & Sharifah di M'sia). Betul ka ?? Siapa yang hantar dia untuk mewakilkan ASYRAAF ?? Presiden ASYRAAF Prof. Dr. Syed Omar Asseggaf & semua AJK, pun tidak dimaklumkan dengan perkara ini. Mcm mana penerbit dan si tetamu ini mengklaim bahawa dia wakil ASYRAAF?? Dan beliau cuba beritahu kepada umum apa itu ASYRAAF, aduh sedihnya dengar penjelasan beliau, seolah-olah tak tau apa pun apa yang nak dicakapkan. Ini adalah maklumat dan perbuatan yang salah. Sememangnya dia (Sharifah Salasiah) bukan lah ahli nya untuk berhujjah tentang pernikahan Syed & Syarifah. Maaf2 utk ckp krn sememangnya beliau kurang berilmu di dlm bab ini dan beliau sendiri tidak kahwin dgn Syed. Bkn la itu jadi isu nya. Tapi, apa tujuan pihak penerbit panggil Sharifah yg tidak berkahwin dgn Syed? Ini sememangnya memberikan satu bayangan seolah-olah mengajak masyarakat umum agar dapat berfikir bahawa perkahwinan Sharifah dgn bkn Syed tidak ada masalahnya. Saya berpendapat bahawa, ini adalah perkara yang tidak tepat. Pendapat ini bukan lah dibuat-buat sendiri tapi ia diambil berdasarkan dalil dan nas serta hujjah yang sahih berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri. Ini akan saya panjangkan sebentar lagi.



(3) Menukar bakal tetamu yang dijemput pada saat2 akhir.

Saya juga ingin mendapatkan kepastian kepada pihak penerbit TV9 tentang siapakah sebenarnya yang akan mewakilkan ASYRAAF? Ia disebabkan telah tersebar luas SMS daripada Setiusaha Agung ASYRAAF, Syed Saiful Jamalulail yang mengatakan seperti berikut : " Jgn salah faham, sharifah tempoh hari bukan wakil ASYRAAF, TV9 janji akan undang Ust Syed Ibrahim Al-Yahya (Penasihat Agama YAB Menteri Besar Pahang) sbg wakil ASYRAAF, tp mereka bohong, kita teraniya ". Setelah itu saya terus mendapatkan maklumat daripada Ust Syed Ibrahim akan hal itu, ternyata sememangnya sah. Pihak penerbit TV9 hanya hubungi beliau sebaik sahaja selesai program dengan ucapan maaf. Adakah betul perkara ini ?. Mohon penjelasan daripada TV9. Hal ini membayangkan kepada saya bahawa apa sebenarnya TV9 ni ingin masyarakat faham?? Klau ingin masyarakat faham bahawa takda masalah Sharifah kawin bkn Syed, sama sekali silap dan tidak tepat. Perkara ini terjadi memberikan satu gambaran bahawa penerbit rancangan tersebut tidak mempraktikkan profesionalisme dalam budaya kerja yang kita dok laung-laungkan.



(4) Tetamu undangan : Ust Mohd Farid Ravi bin Abdullah

Ust Farid berhujah dengan begitu baik terutama dalam menyebutkan bahawa perkara ini yakni (pernikahan ikut taraf) ataupun sekufu sememangya di guna pakai dalam kehidupan terutama bagi kita yang beraliran mazhab Imam Syafe'i. Ust Farid berhujjah dengan begitu baik sekali berkenaan itu. Tetapi apa yang memeranjatkan dan memeningkan kepala saya, Ust Farid memberikan satu kenyataan bahawa pernikahan di antara Syed & Sharifah sebenarnya di buat-buat sendiri dan tidak wujud dalam agama. Fuh, pelik juga, tadi baru cerita pasal kafaah (kufu perkahwinan). Mungkin Ust Farid lupa apa yang Imam Syafe'i bahaskan dalam bab kafaah (kufu perkahwinan), di dalam kitab feqah Al-Umm karya teragung ilmu fiqh Imam Syafe'i. Kan beliau bahagikan kepada empat kufu iaitu ilmu atau pendidikan, harta @ kekayaan, darjat dan keturunan. Mohon Ust farid rujuk kembali karya 'ulama ratusan tahun yang lalu yang telah bahaskan dengan begitu rapi dan cantik setiap pembahagian kafaah (kufu perkahwinan) itu sendiri. Erm, awal2 ust farid ckp kita boleh ikut kufu, lepas tu ckp ia dibuat-buat dan tiada dalam agama??? Bkn kah salah satu daripada pembahagian kufu adalah keturunan??? Jadi apa yang dimaksudkan disebalik perkahwinan Syed & Sharifah kalau bukan ia selari dengan apa yang dibahaskan dalam bab kafaah (kufu perkahwinan) dalam Kitab Al-Umm. Adakah perkara ini di buat-buat ???atau pun Imam Syafe'i yang buat-buat perkara ini, dan Imam Syafe'i juga mengada-adakan perkara yang baru dalam agama??? Bukankah jambatan kepada mazhab itu sendiri adalah Al-Quran & As-Sunnah??? Adakah kita lebih dapat memahami apa yang telah difaham dahulu oleh Imam Syafe'i??? Erm, letih2, lebih baik ckp tamil kalau dok belit-belit mcm ni.



Uts Farid kata kita semua keturunan Nabi Adam. Betul la, jgn lupa Firaun pun keturunan Nabi Adam, George Bush, Yahudi pun keturunan Nabi Adam.



Nasihat saya pada mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini, jgn lah kita mengatakan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pasti berkenaannya ataupun kita mengambil sesuatu ilmu itu daripada sumber yang salah.



Maksud firman Allah: " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. " (Al Israa':36)



Kalau kita biasa bergaul dgn puak2 WAHABI, kita akan tahu selok-belok apakah ciri-ciri untuk kenal WAHABI. Saya secara peribadi telah bergaul dengan ramai cerdik pandai di kalangan WAHABI sejak lebih 12 tahun yang lalu. Sememangnya salah satu cirinya adalah menafikan akan hak kafaah (kufu perkahwinan) terutama di antara perkahwinan Syed & Sharifah. - Ust farid mempunyai ciri2 itu.



Bab kafaah (kufu perkahwinan) ini bukan sahaja dikitiraf dalam mazhab syafei bahkah dalam semua mazhab yang empat Ahli Sunnah wal Jamaah. Sila rujuk kitab-kitab yang telah bahaskan terperinci mengenai perkahwinan Syed & Syarifah ini. Di antaranya, al-fathul Bari karang Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ibnu Munzir mengutip dari Mukhtasar Al Buwaithi, Kitab Bughuyatul Mustarsyidin karangan Sheikh Abd Rahman. Selain itu, boleh juga rujuk kitab kitab Matla' al-Badrain dan Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189 (Imam Nawawi). Sila perhatikan juga hadith Nabi saw di bawah :



``Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.'' – HR. Imam Muslim



Pandangan majoriti ulama' ini adalah berasaskan dalil-dalil al-Quran dan sunnah serta kemaslahatan perkahwinan itu sendiri, yang bertujuan melahirkan kasih sayang dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.



Perkara ini pernah pernah dibahaskan oleh Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Wanita Berjaya: Kedudukan Mereka Di sisi Suami Dan Kepentingan Kufu Dalam Perkahwinan di Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya dari Perspektif Islam, yang dihadiri lebih kurang 260 peserta pada 5-6 Ogos 2003



Sememangnya pembahagian dalam bab kafaah (kufu perkahwinan) itu banyak baiknya yang akan menatijahkan kebahagian sepanjang hidup. 'Ulama membahagikan kafaah (kufu perkahwinan) itu bukan untuk membezakan manusia itu secara mutlak, tetapi manusia itu sendiri berbeza.



Sebagai contoh yang rasional, zaman sekarang ramai perempuan ada degree, dan nak kawin dgn laki yg ada degree juga, klau tak dia tak nak. Boleh ka kita marah perempuan tu dgn ckap apa bezanya kau dengan yang lain, kita semua manusia biasa, tak perlulah nak bezakan yang ada degree ataupun tak. Mana boleh saudara, itu hak dia nak kawin dgn siapa yang dia inginkan. Itu soal kafaah (kufu perkahwinan) ilmu atau pendidikan. Bagaimana pula soal harta @ kekayaan??? Sekarang ramai lelaki elit yang biasa dengan hidup mewah dan kaya. Diapun nak cari yang setaraf kaya dgnnya. Atau apakah boleh kita ckp kat laki tu, wei kita semua sama sahaja, apa nak beza-bezakan, kawin je la dgn perempuan yg susah dan miskin. Mana boleh saudara, itu hak dia nak memilih setaraf dengannya. Tetapi yang peliknya bile masuk bab keturunan, ramai yang tolak dengan berikan alasan mcm2 terutama perkahwinan Syed & Sharifah. Kenapa jadi begini ??? Pendidikan kita boleh terima kufunya, harta kita boleh terima kufunya, darjat kita boleh terima kufunya, tapi bila bab keturunan kita tolak lagi dgn ckp kenapa nak bezakan manusia, semua sama sahaja??? Kita lupakah??? 3 daripada 4 perkara dalam kufu itu diusahakan sendiri oleh manusia ketika hidup di dunia (iaitu pendidikan, harta & darjat). Tetapi, keturunan kita tak cari di dunia. Tapi ia anugerah Allah swt, kurnia Allah swt. Bukan kita yang cari atau usahakan. Syed & Sharifah pun tak minta lahir ke dunia dengan bernasabkan kepada Nabi saw. Adakah salah mereka??? Atau salah Nabi saw ??? Atau salah Allah swt ??? istighfarlah banyak-banyak. Ia kerana apabila kita menyebut tentang Syed & Sharifah, mereka adalah keluarga Nabi saw yang wajib kita cintai dan bela serta jaga hak-haknya. Atau adakah kita terlupa sabda Nabi saw :



" … Maka mereka (Ahlul Bait Nabi saw) adalah keturunanku, diciptakan oleh (Allah swt) dari darah dagingku, dan dikurniakan kepada mereka ilmu dan pengetahuanku. Celakalah orang dari kalangan umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dengan mereka. Orang-orang seperti itu tidak akan diturunkan syafa'atku (pertolongaku di hari akhirat) " - HR Imam Thabrani & Al-Hakim



(5) Hos rancangan : Sdr Aziz Desa memprovokasi.

Hal ini dinafikan sendiri oleh Sdr. Aziz Desa dalam rancangan itu. Tetapi provok juga. Saya fahamla, tugas jadi hos ini memanglah nak hidup dan ceriakan suasana dan timbulkan beberapa koflik agar lebih rancak bercerita. Tetapi hati-hati sikit, banyak hati orang yang terluka klau kita salah cakap. Nampaknya memang biadap tindakan Sdr. Aziz Desa apabila dia mempersoalkan kepada Ust Farid : " Adakah boleh yang bukan Syed mcm saya ni kahwin dengan Sharifah". Uts Farid jawab : "Boleh, tiada masalah". Sdr. Aziz Desa juga menanya lagi : " Bolehkah saya yang bkn nama Syed, saya ubah jadi Syed ?". Kemudian apabila ia disangkal oleh seorang ahli panel iaitu Sharifah Salasiah dengan alasan peraturan ini telah termaktub dalam Undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sdr. Aziz Desa kemudiannya berkata : " Mungkin JPN harus lihat balik perkara-perkara mcm ni dan diperhalusi semula". Lafaz ini secara tidak langsung seolah-olah melecehkan dasar-dasar kerajaan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Saya mengsyorkan kepada Sdr. Aziz Desa bahawa adalah baik sekiranya beliau membuat skit penyelidikan laa kalau nak handle topik-topik yang sensitif mcm ni. Kalau tak buat 'case study', tu yang main belasah je tu. Bunyi memang provok laa, apa lagi …





(6) Memperkecilkan tradisi perkahwinan Syed & Sharifah

Rancangan yang disiarkan tempoh hari secara tidak langsung seolah-olah memperkecilkan tradisi perkahwinan Syed & Sharifah. Ini terjadi bila mana kita buntu dalam suatu hal agama, kita tidak rujuk dengan ahlinya, kita lebih gemar ikut logik akal. Dan apabila kita mencari ahlinya, kita tersilap pilih.



Banyak alasan-alasan yang diberi tanpa ujikaji yang kemas untuk menyangkal tradisi perkahwinan ini. Ada yang berkata Nabi saw sendiri tidak kahwin semasa sendiri yakni dengan satu keturunan yang sama mulia dgn Nabi saw, Nabi pun kawin campur. Mungkin kita terlupa siapa isteri pertama Nabi saw, bukankah S. Khadijah RA orangnya??? Bukankah beliau dari Bani Hasyim yakni satu keturunan dgn Nabi??? Bukankah di situ kita dapat pelajari hikmahnya?



Ada yang pula yang berkata, Nabi saw sendiri membiarkan anak-anak gadis nya dikahwinkan dengan bukan senasab dengannya. Memang betul sahabat-sahabat telah bernikah dengan anak gadis Nabi saw. Tetapi kita tak kaji habis, sahabat yang kahwin dengan anak gadis Nabi saw tidak mempunyai zuriat lansung, kecuali anak gadis Nabi saw iaitu S.Fatimah Zahrah RA yang telah dinikahkan dengan S.Ali RA (senasab dgn Nabi). Tahukah kita bahawa Nabi saw telah beberapa kali menolak lamaran daripada sahabat seperti S.Abu Bakar & S.Umar untk menikahi S.Fatimah???? Kita mungkin tak lihat sudut tu. Bukankah disitu kita dapat pelajari hikmahnya???



Bagaimanapula dengan nasihat Nabi saw kepada Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) menyuruh beliau untuk menceraikan isterinya Zainab (senasab dgn Nabi saw) dengan alasan tidak sekufu nasabnya.



Apa yang penting taqwa. Saya setuju. Tapi bgmana nak capai taqwa kalau kita tidak tulus mencintai keluarga Nabi saw dan memelihara hak-haknya. Bukankah kesempurnaan kepada taqwa itu hendak mencintai Nabi dan ahli keluarganya.



Sabda Nabi saw : " Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga dia lebih mencintai aku daripada dirinya, lebih mencintai keturunanku lebih daripada keturunannya sendiri, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya, lebih mencintai zatku daripada zatnya sendiri"

– HR Thabarani, Al-Baihaqi & Ad-Dailami





Ada yang ckp yg penting hati. Saya lagi setuju. Tapi, cuba fikir kalau kita berzikir dgn lisan, tapi hati melayang-layang ke tempat lain, apa guna kan ??? Maknanya kedua-dua kita kena ambil kira, baik yang bersifat spritual mahupun yang bersifat fizikal. Mudah kan ??? Jgn la kolot sgt ...



Bagaimana kita dapat tahu akan hal ini, kalau kita tidak membongkarnya dalam kitab-kitab sejarah. Dan kita tidak mengambil ilmu daripada seorang guru yang mempunyai sanad yg kemas sampai Nabi saw. Belum apa-apa kita dah bangkang, belajarlah dengan kemas dulu baru bangkang ye.



Kita kenalah akui bahawa kemulian dan hak-hak mereka (Syed & Sharifah) adalah wajar dan diiktiraf serta selaras dengan kehendak syariat.



Telah bersabda Nabi saw : " Aku melaknat enam golongan yang mana Allah swt dan seluruh para nabi jua melaknatnya iaitu : Orang yang menambah-nambah dalam agama, orang yang mendustakan takdir (ketentuan) Allah, orang yang berkuasa dengan kejam menghina orang yang dimulikan Allah dan memuliakan orang yang Allah hinakanny., orang yang meninggalkan sunnahku, orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan orang yang menghalalalkan apa-apa yang Allah haramkan mengenai keturunanku" – HR. Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Ad-Dailami, Al-Khatib dan Kitab Al-Jami'.



Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perbuatan kita ini adalah seolah-olah kita berasa sakit hati atau dengki dengan mereka. Mengapa ini terjadi ??? Bukankah Allah telah berfirman :



" Ataukah mereka merasa iri hati terhadap orang yang telah diberi kurnia oleh Allah ?" – Surah An-nisa : 54



Cuba lah kita bayang kan secara rasional tentang tanggungjawab Syed untuk berkahwin sesama Sharifah itu sendiri. Mereka keturunan Nabi saw, sememangnya mereka wajib bersyukur di atas kurniaan Allah swt melahirkan nya sebagai benih Nabi saw. Menyedari akan hal inilah, mereka ingin menunjukkan tanda syukur mereka kepada Allah untuk memelihara nasab yang mulia ini bukan kerana ingin sombong dan bermegah-megah, tapi untuk membuktikan cintanya kepada Allah dan Nabi saw. Adakah wajar kalau Allah telah kurniakan mereka sebagai senasab dgn Nabi saw, jika mereka memutuskan nasab mereka dengan Nabi saw dengan bernikah dengan bukan senasab dengannya.





Seorang Imam yang teragung Islam iaitu Amirul Mukminin Saidina Omar bin Khattab RA pernah berkata : " Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki yang setaraf dengannya." – Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni



Yelah, mcm saya bkn keturunan Nabi saw, jgn la kita merasa ini tidak adil sebab kita bukan keturunan Nab sawi. Allah itu Maha Adil. Allah Yang Maha Suci dari sifat tidak adil. Adakah adil kita mengecam mereka yang senasab dengan Nabi saw yang ingin memelihara keturunan mereka kerana cintanya mereka kepada Allah dan Rasul ???? Jgn la di sebabkan kita yang bkn senasab dgn Nabi saw berbuat sedemikian rupa. Ia akan menyakiti hati mereka.



Nabi saw bersabda : " Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku" – HR. Imam Dailami.



Sabdanya lagi: " Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt"

– HR. Assabus Sunan, Sahih



Hendaklah difahami juga, bahawa mereka Syed & Sharifah tidak maksum. Mereka juga seperti yang lain, tidak lepas melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi apa yang perlu kita benar2 fahami, bahawa agama ISLAM meraikan hak sesama manusia baik dia tu Muslim ataupun Kafir. Apatah lagi hak ahli keluarga Nabi saw. Fikir-fikirkan lah.



Mereka yg masih meragukan dan mendustakan hal ini lebih akan cenderung mengikut hawa nafsunya sendiri, tidak ubah apa yang Allah firmankan :



" Mereka mendustkannya dan mengikuti hawa nafsunya sedang tiap-tiap urusan itu akan tetap (berlaku) " (Surah Al-Qamar :3)



Cubalah fahami dan insaf bahwa cinta dan membela hak keluarga Nabi adalah perkara fardhu dalam agama. Bukannya dibuat2.





Telah bersabda Nabi saw:



" Syurga diharamkan Allah bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahli baitku (ahli keluarga Nabi saw) dan menggangguku melalui keturunanku"

– HR Imam Ahmad





(7) Adakah galakan Sharifah bernikah dengan Syed satu kesombongan ???



Tohmahan dan fitnah yang mengecam pernikahan di antara Sharifah dan Syed satu kesombongan adalah tidak tepat. Kalau ada yang mengatakan sedemikian, sebenarnya merekalah orang yang sombong kerana tidak mahu menerima kebenaram hukum tersebut.



Nabi saw bersabda : " Kesombongan itu adalah dengan menolak kebenaran " – HR. Sahihain, Sunan Abi Daud dan Tirmizi.



Mohon rujuk kitab Tawaddhu & takabbur karang Abdullah bin Jarullah tentang ciri-ciri kesombongan itu.



Ia tidak boleh dikatakan sombong kerana hal itu merupakan amanat dan sebagai mengikut jejak langkah Nabi saw sendiri dan anak serta cucu-cicitnya dari generasi ke generasi. Ia disebabkan bagi menjaga keluhuran salasilah yang bersinambungan agar tidak terputus hubungan kekeluargaan/ kerabat dengan Nabi saw. Sifat menjaga dan memelihara amanat bukan satu kesombongan.



Kalau kita masih merasakan ia satu kesombongan, bagaimana hal nya dengan hal-hal yang lain yang berlaku pada hari ini. Sebagai contoh mudah, kita nampak ada orang bawa kereta mewah mcm Merc ata BMW ke, tiba2 kita ckp dia sombong sebab di pakai kereta mcm itu. Apa kes beb ??? Mana boleh cam tuu. Habis, kalau kita naik kereta biasa mcm wira atau kereta lama, barulah dikatakan tidak sombong??? Ini kan ckp orang yang jahil. Begitu juga dengan hal yang kita jadikan isu ni, kita tidak harusnya menilai orang berdasarkan fizikal semata-mata tanpa ada asas yang kukuh dan rasional.



Adakah wajar kita yang mengaku mempunyai iman dan ehsan, sanggup menuduh mengatakan hal yang bukan-bukan tentang tradisi perkahwinan Syed & Sharifah hanya semata-mata mereka ingin menjaga pertalian darah dengan Nabi saw ???



Hendaklah kita fahami bahawa tradisi perkahwinan di antara Syed & Sharifah bukanlah menganggap diri mereka lebih suci dan bersih daripada yang lain. Tidak, tidak sama sekali. Dosa tetap dosa, tidak kira siapapun. Masing-masing wajib bertaubat di atas dosanya itu.







Sebenarnya, kita semua diuji oleh Allah swt dalam semua hal. Jika bab ini, Allah swt tetap akan uji kita sejauh mana kita taat kepada Rasulullah saw. Nabi saw telah pun tahu akan perkara ini akan terjadi pada umatnya. Sebab itu lah, Nabi saw pernah bersabda :



" Sesungguhnya kalian akan diuji mengenai urusan yang ada kait-mengait dengan ahli keluargaku (Ahlul Bait), sesudah peninggalanku nanti." – HR Imam Tabrani dlm Al-jami'ul Kabir dari Imarah Ibnu Yahya ibnu Khalid dari 'Arafathah RA.





(7) Penutup ...



Saya benar-benar yakin dan pasti rancangan yang diterbitkan oleh Keluarga di 9 itu telah mengecewa dan menyakitkan hati keluarga Syed & Sharifah yang berada di Malaysia ini khususnya. Bolehkah kita mengatakan bahawa natijah program ini telah menzalimi dan menghina keluarga Nabi saw ????



Sabda Nabi saw : " Ada dua perkara yang menyebabkan umat Islam menjadi kufur, iaitu mencela / menghina nasab dan meratapi mayat (tidak redha dengan ketentuan Allah akan hal itu)" – HR. Imam Muslim



Mungkin ada beberapa pihak yang memikirkan kenapa harus dibesar-besarkan cerita ni ?? Ni remeh temeh... Saya tidak setuju. Harus diingatkan siapa yang besar-besarkan cerita dulu??? Klau cakap sesama sendiri lain cita. Ni sampai masuk TV, berjuta-juta penonton melihatnya. Apa ni ??? Siapa yg ingin bertanggungjawab ??? Tidak takut kah hukum Allah ???? Lupakah kita siapa yang bertanggungjawab meng-Islamkan Tanah melayu kalau bukan datuk nenek mereka Syed & Sharifah sehingga telah tersebarnya mazhab aqidah ahli sunnah wal jamaah dan mazhab feqah Imam Syafe'i. Harap kaji semula sejarah.



Sabda Nabi saw :



" Barang siapa yang dipanjang umurnya dan ingin mendapat kebahagian dengan kebajikan yang dikurniakan Allah kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku. Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku, ia tidak akan mendapat keberkatan hidup dan pada hari kimat kelak akan dihadapkan kepadaku dalam keadaan wajah mukanya berwarna hitam". - HR. Imam Dailami













TV9 merupakan satu saluran TV yang paling digemari ramai kerana rancangannya banyak kepada unsur-unsur kebaikan seperti pendidikan, motivasi, kerohanian, kekeluargaan dan sebagainya. Kita tidak nafikan bahawa yang menyelenggarakan itu semua adalah manusia, yakni tidak lepas melakukan kesalahan.



Saya secara peribadi mengsyorkan bahawa mereka yang bertangungjawab dalam isu yang ditimbulkan ini, agar dapat memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan. Perkara ini tidak boleh main-main. Ia harus dipandang serius. Mungkin di dunia ini kita boleh terlepas, tapi jangan lupa di hari akhirat nanti. Ingatlah, siapa yang akan beri syafa'ah (bantuan) di hari akhirat nanti??? Bukan kah Rasulullah saw ??? Jgn lupa, bahawa kita menjaga hak-hak Syed & Sharifah itu bkn sebab zat ataupun diri mereka, tetapi disebabkan kerana cinta & taat kita kepada Rasulullah saw. Mereka yang taat Rasulullah saw, adalah mereka taat dengan Allah swt. Begitulah jua jika sebaliknya bagi siapa yang ingkar.



Akhirnya, cermatilah, firman Allah swt di dlm AQ :



" Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu), bahawa aku (Rasulullah saw) tidak meminta upah atas seruanku kecuali berkasih sayanglah kepada ahli keluarga(ku). Barang siapa buat kebajikan, baginya Kami tambahkan kebaikan pada kebajikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha membalas syukur " (Surah Asyura : 23) – sila lihat kitab-kitab tafsir AQ dgn lebih terperinci karya 'ulama2 tafsir yang terulung tentang ayat yang tersebut.



Sekian. Wassalam



Ahmad Ghazi bin Hj. Wahab.

27/12/2007

Serdang.



S.k (a) CEO, Media Prima

(b) Penerbit rancangan keluarga di 9, TV9

(c) Pengarah Penyiaran, RTM

(d) CEO, Utusan Malaysia Bhd.

(e) YAB Menteri Besar Selangor

(f) CEO, JAKIM

(g) CEO, JAIS

(e) Majlis Fatwa Kebangsaan

(f) Majlis Fatwa setiap negeri di Semenanjung, Sabah & Serawak.

(g) Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

(e) CEO, KUIS

(f) Bajened & Co. Peguambela & Peguamcara

Rattib Al-Attas


اَلْفَاتِحَةُ اِلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ, اَعُوذُبِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ...) الخرسُوْرَةُ الْفَاتِحَة
اَعُوْذُبِا للهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْمِ (ثَلاَثًا)

( لَوْاَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَاَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وِتِلْكَ اْلاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ. هُوَاللهُ الَّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَعَالِمُ اْلغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَالرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ هُوَاللهُ الَّذِيْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَاْلمَلِكُ اْلقُدُّوْسُ السَّلاَمُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ اْلعَزِيْزُاْمجَبَارُ اْلمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّايُشْرِ كُوْنَ هُوَاللهُ اْمخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُلَهُ اْلاَسْمَاءُ اْمحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وِاْلاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُاْمحَكِيْمِ ) اَعُوْذُبِاللهِ السَّمِيْحِ اْلعَلِيْمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (ثلاثا) اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّا مَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ (ثلاثا) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَيَضُرُّمَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلاَفِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (ثلاثا) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ (عَشْرًا) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ تَحَصَّنَّا بِاللهِ.بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْنَا بِاللهِ (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ آمَنَّابِاللهِ. وَمَنْ يُؤْ مِنْ بِاللهِ لاَخَوْفٌ عَلَيْهِ (ثَلاَثًا) سُبْحَانَ اللهِ عَزَّاللهِ. سُبْحَانَ اللهِ جَلَّ اللهِ (ثَلاَثًا) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ.سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ (ثَلاَثًا) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُلِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ (اَرْبَعًا) يَالَطِيْفًا بِخَلْقِهِ يَاعَلِيْمًا بِخَلْقِهِ يَاخَبِيْرًا بِخَلْقِهِ. اُلْطُفْ بِنَايَالَطِيْفُ,يَاعَلِيْمُ يَاخَبِيْرً (ثلاثا) يَا لَطِيْفًا لَمْ يَزَلْ. اُلْطُفْ بِنَافِيْمَانَزَلْ اِنَّكَ لَطِيْفٌ لَمْ تَزَلْ. اُلْطُفْ بِنَاوَ الْمُسْلِمِيْنَ (ثَلاَثًا) لآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ (اَرْبَعِيْنَ مَرَّةً) مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ (سبعا) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَّى مُحَمَّدٍ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ (عَشْرًا) اَسْتَغْفِرَاللهَ (اا مَرَّةً). تَائِبُوْنَ اِلَى اللهِ (ثَلاَثًا) يَااَللهُ بِهَا.يَااَللهُ بِهَا يَااَللهُ بِحُسْنِ اْلخَاتِمَةِ (ثَلاَثً) غُفْرَا نَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ اْلمَصِيْرُ لاَيُكَلِفُ اللهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسُعَهَا لَهَا مَا اكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكَتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَسِيْنَا اَوْاَخْطَأْ نَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَا قَةَلَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلاَ نَا فَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ اْلكَا فِرِيْنَ.

Kemudian membaca :
اَلْفَاتِحَةُ اِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَاوَ حَبِيْبِنَاوَ شَفِيْعِنَ رَسُوْلِ اللهِ , مُحَمَّدِ بِنْ عَبْدِاللهِ , وَاَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَاَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ , اَنَّ اللهَ يُعْلىِ دَرَجَاتِهِمْ فِى اْلْجَنَّةِ وَ يَنْفَعُنَا بِاَسْرَارِ هِمْ وَاَنْوَارِهِمْ وَعُلُوْمِهِمْ فِى الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآ خِرَةِ وَيَجْعَلُنَا مِنْ حِزْ بِهِمْ وَيَرْزُ قُنَا مَحَبَّتَهُمْ وَيَتَوَفَّانَا عَلَى مِلَّتِهِمْ وَيَحْشُرُنَافِى زُمْرَ تِهِمْ . فِى خَيْرٍ وَ لُطْفٍ وَعَافِيَةٍ , بِسِرِ الْفَا تِحَةْ اَلْفَاتِحَةُ اِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَا الْمُهَا جِرْ اِلَى اللهِ اَحْمَدْ بِنْ عِيْسَى وَاِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَااْلاُ سْتَاذِ اْلاَعْظَمِ اَلْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ , مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيّ بَاعَلَوِيْ وَاُصُوْلِهِمْ وَفُرُوْعِهِمْ , وَذَوِىْ الْحُقُوْقِ عَلَيْهِمْ اَجْمَعِيْنَ اَنَّ اللهَ يَغْفُرُ لَهُمْ وَيَرْ حَمُهُمْ وَيُعْلِيْ دَرَجَاتِهِمْ فِى الْجَنَّةِ , وَيَنْفَعُنَا بِاَسْرَارِهِمْ وَاَنْوَارِهِمْ وَعُلُوْ مِهِمْ فِى الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَاوَاْلاَخِرَةِ . اَلْفَا تِحَةُ اَلْفَاتِحَةُ اِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَا وَحَبِيْبِنَا وَبَرَكَاتِنَا صَاحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ اْلاَنْفَاسِ اَلْحَبِيْبِ عُمَرْ بِنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ الْعَطَّاسْ , ثُمَّ اِلَى رُوْحِ الشَّيْخِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللهِ بَارَاسْ , ثُمَّ اِلَى رُوْحِ اَلْحَبِيْب عَبْدُالرَّحْمَنِ بِنْ عَقِيْل اَلْعَطَّاسْ , ثُمَّ اِلَى رُوْحِ اَلْحَبِيْب حُسَيْن بِنْ عُمَرْ اَلْعَطَّاسْ وَاِخْوَانِهِ ثُمَّ اِلَى رُوْحِ عَقِيْل وَعَبْدِ اللهِ وَصَا لِحْ بِنْ عَبْدُالرَّحْمَنِ اَلْعَطَّاسْ ثُمَّ اِلَى رُوْحِ اَلْحَبِيْب عَلِيِّ بْنِ حَسَنْ اَلْعَطَّاسْ ثُمَّ اِلَى رُوْحِ اَلْحَبِيْب اَحْمَدْ بِنْ حَسَنْ اَلْعَطَّاسْ وَاُصُوْلِهِمْ وَفُرُوْعِهِمْ وَذَوِى الْحُقُوْقِ عَلَيْهِمْ اَجْمَعِيْنَ اَنَّاللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْ حَمُهُمْ وَيُعْلِى دَرَجَا تِهِمْ فِى الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِاَسْرَارِهِمْ وَاَنْوَارِهِمْ وَعُلُوْ مِهِمْ وَنَفَحَا تِهِمْ فِى الدِّ يِنِ وَالدُّ نْيَاوَاْلآخِرَةِ )اَلْفَا تِحَةْ(
اَلْفَاتِحَةُ اِلَى اَرْوَحِ اْلاَوْالِيَاءِ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّا لِحِيْنَ . وَاْلاَ ئِمَّةِ الرَّاشِدِ يْنَ وَاِلَى اَرْوَاحِ وَالِدِيْنَا وَمَشَا يِخِنَا وَذَوِى الْحُقُوْقِ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ اَجْمَعِيْنَ , ثُمَّ اِلَى اَرْوَاحِ اَمْوَاتِ اَهْلِ هَذِهِ الْبَلْدَةِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ الْمُسْلِمَاتِ اَنَّ اللهَ يَغْفِرُلَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيُعْلِى دَرَجَاتِهِمْ فِى الْجَنَّةِ وَيُعِيْدُ عَلَيْنَا مِنْ اَسْرَ ارِهِمْ وَانْوَ ارِهِمْ وَعُلُوْ مِهِمْ وَبَرَكَاتِهِمْ فِى الدِّ يْنِ وَالدُّ نْيَا وَاْلآ خِرَةِ . اَلْفَاتِحَةْ.
اَلْفَاتِحَةُ بِالْقَبُوْلِ وَتَمَامِ كُلِّ سُوْلٍ وَمَأْمُوْلٍ وَصَلاَحِ الشَّأْنِ ظَا هِرًا وَبَا طِنًافِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ دَافِعَةً لِكُلِّ شَرٍّجَالِبَةً لِكُلِّ خَيْرٍ , لَنَا وَلِوَ الِدِيْنَا وَاَوْلاَدِنَاوَاَحْبَا بِنَا وَمَشَا ئِخِنَا فِى الدِّ يْنِ مَعَ اللُّطْفِ وَالْعَا فِيَةِ وَعَلَى نِيَّةِ اَنَّ اللهَ يُنَوِّرُ قُلُوْ بَنَا وَقَوَ الِبَنَا مَعَ الْهُدَى وَالتَّقَى وَالْعَفَافِ وَالْغِنَى . وَالْمَوْتِ عَلَى دِيْنِ اْلاِسَلاَمِ وَاْلاِ يْمَانِ بِلاَ مِحْنَةٍ وَلاَ اِمْتِحَانٍ , بِحَقِّ سَيِّدِ نَاوَلَدِ عَدْ نَانِ , وَعَلَى كُلِّ نِيَّةٍ صَالِحَةٍ .وَاِلَى حَضْرَةِ النَِّبيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ (اَلْفَاتِحَةْ)

Kemudian membaca :

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ, يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَا نِكْ, سُبْحَا نَكَ لاَ نُحْصِيْ ثَنَا ءً عَلَيْكَ اَنْتَ كَمَا اَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ, فَلَكَ الْحَمْدُ حَتىَّ تَرْضَى, وَلَكَ الْحَمْدُ اِذَارَضِيْتَ, وَلَكَ الْحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَى. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلاَوَّلِيْنَ وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنّا مُحَمَّدٍ فِى اْلآ خِرِيْنَ وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِيْنٍ, وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْمَلَإِ اْلاَ عْلَى اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ, وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ حَتىَّ تَرِثَ اْلاَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَاَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ. اَللَّهُمَّ اِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْ دِعُكَ اَدْيَا نَنَا وَاَنْفُسَنَا وَاَمْوَ الَنَا وَاَهْلَنَا وَكُلَّ ثَيْءٍ اَعْطَيْتَنَا. اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَاِيَّا هُمْ فِى كَنَفِكَ وَاَمَانِكَ وَعِيَاذِكَ, مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِىْ عَيْنٍ وَذِيْ بَغْيٍ وَذِيْ حَسَدٍ وَمِنْ شَرِّ كَلِّ ذِيْ شَرٍّ, اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شّيْىءٍ قَدِيْرُ. اَللَّهُمَّ جَمِّلْنَا بِالْعَا فِيَةِ وَالسَّلاَ مَةِ, وَحَقِقْنَا بِااتَقْوَى وَاْلاِسْتِقَامَةِ وَاِعِذْنَا مِنْ مُوْ جِبَا تِ النَّدَا مَةِفِى اْلحَالِ وَاْلمَالِ, اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءِ. وَصَلِّ اللَّهُمَّ بِجَلاَلِكَ وَجَمَالِكَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ, وَارْزُقْنَا كَمَالَ اْلمُتَا بَعَةِ لَهُ ظَا هِرًا وَبَا طِنًا يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ, بِفَضْلِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلاَمُ عَلَى اْلمُرْسَلِيْنَ وَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ

Selasa, 24 Mei 2011

Dunia tasawuf mengenal banyak cerita sufi

Bismilahirrahmanirrahim Walhamdulillahi Rabbil ‘aalamiin Wassholatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba’du…

Dunia tasawuf mengenal banyak cerita sufi. Sebagian dari cerita itu termuat dalam kitab Tadzkiratul Awliya, Kenangan Para Wali, yang ditulis oleh Fariduddin Attar. Buku ini ditulis dalam bahasa Persia, meskipun judulnya ditulis dalam bahasa Arab. Selain berarti kenangan atau ingatan, kata tadzkirah dalam bahasa Arab juga berarti pelajaran. Sehingga Tadzkiratul Awliya berarti pelajaran yang diberikan oleh para wali.

Attar mengumpulkan kisah para wali; mulai dari Hasan Al-Bashri, sufi pertama, sampai Bayazid Al-Busthami. Dari Rabiah Al-Adawiah sampai Dzunnun Al-Mishri. Selain buku ini, Attar juga menulis buku cerita sufi berjudul Manthiquth Thayr, Musyawarah Para Burung. Berbeda dengan kitab pertama yang berisi cerita para tokoh sufi, kitab ini berbentuk novel dan puisi sufi. Sebagian besar ceritanya bersifat metaforis.

Fariduddin dijuluki Attar (penjual wewangian), karena sebelum menjadi sufi ia memiliki hampir semua toko obat di Mashhad, Iran.
Dahulu, orang yang menjadi ahli farmasi juga sekaligus menjadi penjual wewangian. Sebagai pemilik toko farmasi, Attar terkenal kaya raya.
Sampai suatu hari, datanglah seorang lelaki tua. Kakek itu bertanya, “Dapatkah kau tentukan kapan kau meninggal dunia?” “Tidak,” jawab Attar kebingungan. “Aku dapat,” ucap kakek tua itu, “saksikan di hadapanmu bahwa aku akan mati sekarang juga.” Saat itu juga lelaki renta itu terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Attar terkejut. Ia berpikir tentang seluruh kekayaan dan maut yang mengancamnya. Ia ingin sampai pada kedudukan seperti kakek tua itu; mengetahui kapan ajal akan menjemput. Attar lalu meninggalkan seluruh pekerjaannya dan belajar kepada guru-guru yang tidak diketahui. Menurut shahibul hikayat, ia pernah belajar di salah satu pesantren di samping makam Imam Ridha as, di Khurasan, Iran. Setelah
pengembaraannya, Attar kembali ke tempat asalnya untuk menyusun sebuah kitab yang ia isi dengan cerita-cerita menarik.

Tradisi mengajar melalui cerita telah ada dalam kebudayaan Persia. Jalaluddin Rumi mengajarkan tasawuf melalui cerita dalam kitabnya Matsnawi-e Ma’nawi. Penyair sufi Persia yang lain, Sa’di, juga menulis Gulistan, Taman Mawar, yang berisi cerita-cerita penuh pelajaran. Demikian pula Hafizh dan beberapa penyair lain. Tradisi bertutur menjadi salah satu pokok kebudayaan Persia.

Kebudayaan Islam Indonesia juga mengenal tradisi bercerita. Islam yang pertama datang ke nusantara adalah Islam yang dibawa oleh orang-orang Persia lewat jalur perdagangan sehingga metode penyebaran Islam juga dilakukan dengan bercerita. Mereka menggunakan wayang sebagai media pengajaran Islam.

Dalam pengantar Tadzkiratul Awliya, Attar menjelaskan mengapa ia menulis buku yang berisi cerita kehidupan para wali. Alasan pertama, tulis Attar, karena Al-Quran pun mengajar dengan cerita. Surat Yusuf, misalnya, lebih dari sembilan puluh persen isinya, merupakan cerita.

Terkadang Al-Quran membangkitkan keingintahuan kita dengan cerita: Tentang apakah mereka saling bertanya? Tentang cerita yang dahsyat, yang mereka perselisihkan. (QS. An-Naba; 1-3). Bagian awal dari surat Al-Kahfi bercerita tentang para pemuda yang mempertahankan imannya: Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. (QS. Al-Kahfi; 10) Surat ini dilanjutkan dengan kisah pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidhir, diteruskan dengan riwayat Zulkarnain, dan diakhiri oleh cerita Rasulullah saw.

Demikian pula surat sesudah Al-Kahfi, yaitu surat Maryam, yang penuh berisi ceritera; Dan kenanglah kisah Maryam dalam Al-Quran. Ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke satu tempat di sebelah timur. (QS. Maryam; 16) Al-Quran memakai kata udzkur yang selain berarti “ingatlah” atau “kenanglah” juga berarti “ambillah pelajaran.” Attar mengikuti contoh Al-Quran dengan menamakan kitabnya Tadzkiratul Awliya.

Alasan kedua mengapa cerita para wali itu dikumpulkan, tulis Attar, adalah karena Attar ingin mendapat keberkahan dari mereka. Dengan menghadirkan para wali, kita memberkahi diri dan tempat sekeliling kita. Sebuah hadis menyebutkan bahwa di dunia ini ada sekelompok orang yang amat dekat dengan Allah swt. Bila mereka tiba di suatu tempat, karena kehadiran mereka, Allah selamatkan tempat itu dari tujuh puluh macam bencana. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulallah, siapakah mereka itu dan bagaimana mereka mencapai derajat itu?” Nabi yang mulia menjawab, “Mereka sampai ke tingkat yang tinggi itu bukan karena rajinnya mereka ibadat. Mereka memperoleh kedudukan itu karena dua hal; ketulusan hati mereka dan kedermawanan mereka pada sesama manusia.”

Itulah karakteristik para wali. Mereka adalah orang yang berhati bersih dan senang berkhidmat pada sesamanya. Wali adalah makhluk yang hidup dalam paradigma cinta. Dan mereka ingin menyebarkan cinta itu pada seluruh makhluk di alam semesta. Attar yakin bahwa kehadiran para wali akan memberkahi kehidupan kita, baik kehadiran mereka secara jasmaniah maupun kehadiran secara ruhaniah.

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi menjelaskan dalil dianjurkannya menghadirkan orang-orang salih untuk memberkati tempat tinggal kita. Ia meriwayatkan kisah Anas bin Malik yang mengundang Rasulullah saw untuk jamuan makan. Tiba di rumah Anas, Rasulullah meminta keluarga itu untuk menyediakan semangkuk air. Beliau memasukkan jari jemarinya ke air lalu mencipratkannya ke sudut-sudut rumah. Nabi kemudian shalat dua rakaat di rumah itu meskipun bukan pada waktu shalat.

Menurut Imam Nawawi, shalat Nabi itu adalah shalat untuk memberkati
rumah Anas bin Malik. Imam Nawawi menulis, “Inilah keterangan tentang mengambil berkah dari atsar-nya orang-orang salih.” Sayangnya, tulis Attar dalam pengantar Tadzkiratul Awliya, sekarang ini kita sulit berjumpa dengan orang-orang salih secara jasmaniah. Kita sukar menemukan wali Allah di tengah kita, untuk kita ambil pelajaran dari mereka. Oleh karena itu, Attar menuliskan kisah-kisah para wali yang telah meninggal dunia. Attar memperkenalkan mereka agar kita dapat mengambil hikmah dari mereka. “Saya hanya pengantar hidangan,” lanjut Attar, “dan saya ingin ikut menikmati hidangan ini bersama Anda. Inilah hidangan para awliya.”

Attar lalu menulis belasan alasan lain mengapa ia mengumpulkan ceritera para wali. Yang paling menarik untuk saya adalah alasan bahwa dengan menceritakan kehidupan para wali, kita akan memperoleh berkah dan pelajaran yang berharga dari mereka. Seakan-akan kita menemui para wali itu di alam ruhani, karena di alam jasmani kita sukar menjumpai mereka.
Seringkali kita juga lebih mudah untuk mendapatkan pelajaran dari cerita-cerita sederhana ketimbang uraian-uraian panjang yang ilmiah.

Berikut ini sebuah cerita dari Bayazid Al-Busthami, yang insya Allah, dapat kita ambil pelajaran daripadanya;
Di samping seorang sufi, Bayazid juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang santri yang juga memiliki murid yang banyak. Santri itu juga menjadi kyai bagi jamaahnya sendiri. Karena telah memiliki murid, santri ini selalu memakai pakaian yang menunjukkan kesalihannya, seperti baju putih, serban, dan wewangian tertentu.

Suatu saat, muridnya itu mengadu kepada Bayazid, “Tuan Guru, saya sudah beribadat tiga puluh tahun lamanya. Saya shalat setiap malam dan puasa setiap hari, tapi anehnya, saya belum mengalami pengalaman ruhani yang Tuan Guru ceritakan. Saya tak pernah saksikan apa pun yang Tuan gambarkan.”
Bayazid menjawab, “Sekiranya kau beribadat selama tiga ratus tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun debu mukasyafah dalam hidupmu.”

Murid itu heran, “Mengapa, ya Tuan Guru?”
“Karena kau tertutup oleh dirimu,” jawab Bayazid.
“Bisakah kau obati aku agar hijab itu tersingkap?” pinta sang murid.
“Bisa,” ucap Bayazid, “tapi kau takkan melakukannya.”
“Tentu saja akan aku lakukan,” sanggah murid itu.
“Baiklah kalau begitu,” kata Bayazid, “sekarang tanggalkan pakaianmu. Sebagai gantinya, pakailah baju yang lusuh, sobek, dan compang-camping. Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana. Katakan pada mereka, “Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mau menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang.” Lalu datangilah tempat di mana jamaah kamu sering mengagumimu. Katakan juga pada mereka, “Siapa yang mau menampar mukaku, aku beri satu kantung kacang!”
“Subhanallah, masya Allah, lailahailallah,” kata murid itu terkejut.
Bayazid berkata, “Jika kalimat-kalimat suci itu diucapkan oleh orang kafir, ia berubah menjadi mukmin. Tapi kalau kalimat itu diucapkan oleh seorang sepertimu, kau berubah dari mukmin menjadi kafir.”
Murid itu keheranan, “Mengapa bisa begitu?”
Bayazid menjawab, “Karena kelihatannya kau sedang memuji Allah, padahal sebenarnya kau sedang memuji dirimu. Ketika kau katakan: Tuhan mahasuci, seakan-akan kau mensucikan Tuhan padahal kau menonjolkan kesucian dirimu.”
“Kalau begitu,” murid itu kembali meminta, “berilah saya nasihat
lain.”
Bayazid menjawab, “Bukankah aku sudah bilang, kau takkan mampu melakukannya!”
Cerita ini mengandung pelajaran yang amat berharga. Bayazid mengajarkan bahwa orang yang sering beribadat mudah terkena penyakit
ujub dan takabur. “Hati-hatilah kalian dengan ujub,” pesan Iblis.
Dahulu, Iblis beribadat ribuan tahun kepada Allah. Tetapi karena takaburnya terhadap Adam, Tuhan menjatuhkan Iblis ke derajat yang
serendah-rendahnya.
Takabur dapat terjadi karena amal atau kedudukan kita. Kita sering merasa menjadi orang yang penting dan mulia. Bayazid menyuruh kita menjadi orang hina agar ego dan keinginan kita untuk menonjol dan dihormati segera hancur, yang tersisa adalah perasaan tawadhu dan kerendah-hatian. Hanya dengan itu kita bisa mencapai hadirat Allah swt.

Orang-orang yang suka mengaji juga dapat jatuh kepada ujub. Mereka merasa telah memiliki ilmu yang banyak. Suatu hari, seseorang datang kepada Nabi saw, “Ya Rasulallah, aku rasa aku telah banyak mengetahui syariat Islam. Apakah ada hal lain yang dapat kupegang teguh?” Nabi menjawab, :”Katakanlah: Tuhanku Allah, kemudian ber-istiqamah-lah kamu.”

Ujub seringkali terjadi di kalangan orang yang banyak beribadat. Orang sering merasa ibadat yang ia lakukan sudah lebih dari cukup sehingga ia menuntut Tuhan agar membayar pahala amal yang ia lakukan. Ia menganggap ibadat sebagai investasi. Orang yang gemar beribadat cenderung jatuh pada perasaan tinggi diri. Ibadat dijadikan cara untuk meningkatkan statusnya di tengah masyarakat. Orang itu akan amat tersinggung bila tidak diberikan tempat yang memadai statusnya. Sebagai seorang ahli ibadat, ia ingin disambut dalam setiap majelis dan diberi tempat duduk yang paling utama.

Tulisan ini saya tutup dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komentar apa-apa. Para sahabat keheranan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu. Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lewat di hadapan majelis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, “Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah.” Nabi hanya berkata, “Aku lihat ada bekas sentuhan setan di wajahnya.”

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, “Bukankah kalau kamu datang di satu majelis kamu merasa bahwa kamulah orang yang paling salih di majelis itu?” Sahabat yang ditanya menjawab, “Allahumma, na’am. Ya Allah, memang begitulah aku.” Orang itu lalu pergi meninggalkan majelis Nabi.
Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, “Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?” “Aku,” jawab Abu Bakar.
Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, “Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Ia sedang ruku’.”
Nabi tetap bertanya, “Siapa yang mau membunuh orang itu?” Umar bin Khaththab menjawab, “Aku.” Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, “Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?” Nabi masih bertanya, “Siapa yang akan membunuh orang itu?” Imam Ali bangkit, “Aku.” Ia lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, “Ia telah pergi, ya Rasulullah.” Nabi kemudian bersabda, “Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalku….” Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah-tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling salih, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahwa perasaan ujub akan amal salih yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita.
Seperti yang dinasihatkan Bayazid Al-Busthami kepada santrinya.

oleh : KH. Jalaluddin Rakhmat

Kisah Orang Dengan Dosa Selama 40 Tahun

Kisah Orang Dengan Dosa Selama 40 Tahun

Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahwa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: "Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!"
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahwa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: "Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, hewan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi yaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: "Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya."

Nabi Musa kembali berkata: "Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?" Allah berfirman: "Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!."

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: "Wahai seorang hamba yang durhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, karena kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!"

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang durhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: "Jika aku keluar dari rombongan ini, niscaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT."

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah durhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini."
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan ditumpahkan dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: "Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?"

Allah berfirman: "Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu."

Nabi Musa berkata: "Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?"

Allah berfirman: "Wahai Musa, dulu ketika dia durhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?"

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan

Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan

Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat,

"Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Hendak bersama Nabi saw setiap masa

Hendak bersama Nabi saw setiap masa

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan
merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan
seperti setahun, kalau bole dia hendak bersama Nabi setiap masa.

Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat bersedih, murung dan
seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.
Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap
dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw, katanya ;

"ya Rasullullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih
jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap.

jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.
apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut takut
tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga
yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling
bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga
langsung.
ketika itu saya tentu tidak bersua muka dengan mu lagi"

Mendengar kata Tsauban, bagina amat terharu, namun baginda
tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan ALLAH.

Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw,
bermaksud

"barangsiapa yang taat kepada ALLAH dan rasulnya,
maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh
ALLAH iaitu para nabi, syuhada, orang orang soleh dan mereka
yang sebaik baik teman..."

Mendengar jaminan ALLAH ini, Tsauban menjadi gembira semula.

Tauladan dari kisah ini...

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan
keimaman yang tulen.

mencintai rasul bermakna mencintai ALLAH kita bersama siapa yang
kita sayangi. JIka di dunia sayangkan Nabi, insyallah kita bersama
Nabi di akhirat nanti..
hati yang dalam kecintaan terhadap sesorang akan merasa rindu
yang teramat sangat jika tidak bertemu.

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana ALLAH
semata mata mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
Rasulullah amat mengetahui mana mana umatnya yang mencintai
baginda, meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.

Sebaik baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan
keagamaan dan semata mata kerana ALLAH.



wallahu'alam...

Kisah Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis

Kisah Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
[Image: dancer_avatar29.gif]

Rasulullah S.A.W Dan Wang 8 Dirham

Rasulullah S.A.W Dan Wang 8 Dirham

Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud belanja. Dengan bekal uang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Beliau sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah ? Perempuan itu menyampaikan bahwa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan uang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Beliau tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan beliau hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi beliau harus bersabar. Kali ini beliau menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahwa ia takut pulang. Ia khawatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau antarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Karena secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka karena Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan uang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hanba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

KISAH SEORANG ALIM YANG DIFITNAH OLEH SEORANG WANITA

KISAH SEORANG ALIM YANG DIFITNAH OLEH SEORANG WANITA


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang pendita bernama Juraij sangat kuat beribadat kepada Allah swt. Suatu hari ibunya datang memanggilnya ketika ia sedang sembahyang. Juraij tidak menjawab panggilan ibunya maka ibunya sangat marah lalu berdoa:" Semoga Allah swt.menguji kamu dengan seorang wanita pelacur."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Kalaulah pendita Juraij itu seorang yang benar- benar mengetahui tentang agamanya sudah tentu ia mengetahui bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih afdal daripada sembahyang sunat."

Berdekatan dengan daerah tempat Juraij tinggal, datang seorang wanita yang berhajat.Dalam perjalanan ia bertemu dengan seorang pengembala kambing, lalu pengembala kambing itu merayu untuk memuaskan nafsunya, maka mereka pun melakukan perbuatan terkutuk itu dekat dengan tempat Juraij beribadat. setelah sekian lama maka wanita itu pun melahirkan anak dari hasil perbuatan terkutuk itu.

Dalam daerah itu hukum zina adalah sangat berat.Setelah wanita itu melahirkan anak, maka berita itu sampai kepada raja.

Wanita itu dihadapkan kepada raja. Raja itu berkata:"Dari mana kamu dapat anak ini?" Wanita itu berkata:"Anak ini adalah hasil perbuatan Juraij."

Apabila Raja mendengar perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sangat kuat beribadat maka ia pun memerintah pengawal-pengawalnya memanggil Juraij.

Ketika pengawal-pengawal itu sampai di tempat Juraij, kebetulan Juraij sedang melakukan ibadat.Pengawal-pengawal itu memusnahkan tempat Juraij beribadat dan menangkap Juraij lalu diikat lehernya dengan tali dan dibawa mengadap raja.

Apabila Juraij sampai di hadapan raja, maka raja pun berkata:"Kamu berlagak alim tetapi kamu merosakan kehormatan orang dan membuat perbuatan sumbang." Juraij tercengang mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut raja itu.

Juraij berkata:"Saya tidak melakukan apa,"kemudian raja berkata lagi:"Kamu telah berzina dengan wanita ini. Dia mengaku kamu melakukan sehingga ia melahirkan anak."Lalu Juraij berkata:"Saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu."

Tetapi mereka tidak percaya kata-kata Juraij sehingga Juraij bersumpah mengatakan ia tidak melakukannya.

Oleh kerana mereka tidak mahu mempercayai kata-katanya maka Juraij meminta raja mengizinkan dia dibawa bertemu dengan ibunya.

Setelah diperkenankan, Juraij dibawa ke rumah ibunya.Juraij pun berkata kepada ibunya:"Wahai ibuku, kamu telah berdoa kepada Allah swt. dan Allah swt. telah menerima doamu. Sekarang aku mengadapi masalah yang rumit, oleh itu doakanlah kepada Allah swt. semoga dihindarkan aku dari bahaya ini."Setelah ibu juraij mendengar permintaan anaknya itu, lalu ibunya pun berdoa kepada Allah swt. supaya anaknya itu dijauhkan dari bahaya itu.

Berkata ibu Juraij:"Ya Allah, jika Juraij ini kau hukum kerana doaku itu maka jauhkanlah ia dari bahaya ini."

Setelah Juraij bertemu dengan ibunya, ia pun kembali mengadap raja.Sampai saja di hadapan raja lalu ia berkata:"Di manakah perempuan dan bayi itu?" Apabila raja mendengar pertanyaan Juraij itu maka ia memerintahkan supaya wanita itu datang mengadap bersama bayinya.

Raja itu bertanya sekali lagi pada wanita itu:"Benarkah Juraij yang merlakukan perbuatan ini?"Wanita itu sambil mempertahankan kata-katanya menjawab:"Memang benar, Juraij yang melakukan."

Apabila Juraij mendengar pengakuan wanita itu, lalu Juraij menghampiri bayi itu sambil meletakkan tangannya diatas bayi itu dan berkata:"Demi Tuhan yang menjadikan kamu, katakan siapakah ayahmu?"

Maka bayi itu pon berkata:"Ayahku sebenarnya ialah Fulan pengembala kambing." Setelah wanita itu mendengar pengakuan bayinya, maka ia pun berkata:"Memang benar apa yang dikatakan oleh bayi itu."

Mendengar pengakuan bayi itu dan ibunya, raja itu pun berkata kepada Juraij:"Maafkan beta Juraij, izinkan beta membina semula tempat ibadat kamu dengan emas."Jawab Juraij:" Tidak perlu dengan emas."

Raja berkata lagi:"Kalau kamu tidak mahu dibina dengan emas biar aku bina dengan perak."Juraij berkata:"Itu pun tidak perlu, tetapi binalah kembali sepertimana asalnya dari bahan yang sama."

Ibrahim dari Muhajirin dan Mujahid berkata:"Tidak ada anak yang dapat berkata-kata ketika bayi kecuali 4: (1) Isa bin Maryam a.s (2) Bayi yang disebut dalam riwayat Ashhabul Ukhdud, (3) Bayi dalam riwayat Juraij Arrahib (4) Bayi yang menjadi saksi terhadap Nabi Yusof a.s. dalam ayat: Wasyahida syaa hidun min anliha (dalam surah Yusuf ayat 3-6)




wallahu'alam....

AZAZIL!!

AZAZIL!!

Cerita tentang kesombongan, tentang takabur, tentang selalu berbangga diri, adalah sebuah kisah yang lebih tua dibanding penciptaan manusia.

Ia hadir dan berawal ketika manusia masih dalam perencanaan penciptaan. Karena hanya para malaikat makhluk yang diciptakan sebelum manusia, kesombongan sejatinya berhulu dari malaikat.

ADALAH Azazil, malaikat yang dikenal penduduk surga karena doanya mudah dikabulkan oleh Allah. Karena selalu dikabulkan oleh Allah, bahkan para malaikat pernah memintanya untuk mendoakan agar mereka tidak tertimpa laknat Allah.

Tersebutlah suatu ketika saat berkeliling di surga, malaikat Israfil mendapati sebuah tulisan "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdi akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah." Tulisan yang tertera di salah satu pintu surga itu, tak pelak membuat Israfil menangis.

Ia takut, itu adalah dirinya. Beberapa malaikat lain juga menangis dan punya ketakutan yang sama seperti Israfil, setelah mendengar kabar perihal tulisan di pintu surga itu dari Israfil. Mereka lalu sepakat mendatangi Azazil dan meminta didoakan agar tidak tertimpa laknat dari Allah.

Setelah mendengar penjelasan dari Israfil dan para malaikat yang lain, Azazil lalu memanjatkan doa. “Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka.?

Di luar doanya yang mustajab, Azazil dikenal juga sebagai Sayidul Malaikat alias penghulu para malaikat dan Khazunal Janah (bendaharawan surga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menjuluki Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meski berbeda-beda.

Pada langit lapis pertama misalnya, ia berjuluk ‘Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah pada langit lapis pertama.

Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki? atau ahli ruku kepada Allah. Saajid atau ahli sujud adalah gelarnya di langit lapis ketiga. Pada langit berikutnya ia dijuluki Khaasyi? karena selalu merendah dan takluk kepada Allah.

Karena ketaatannya kepada Allah, langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit. Gelar Mujtahid diberikan kepada Azazil oleh langit keenam, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.

Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Selama 120 tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi. ”Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi,? begitulah firman Allah.

Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah. ”Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau.?

Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Allah lalu menciptakan manusia pertama yang diberi nama Adam. Kepada para malaikat, Allah memperagakan kelebihan dan keistimewaan Adam, yang menyebabkan para malaikat mengakui kelebihan Adam atas mereka.

Lalu Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali Azazil.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat ‘Sujudlah kamu kepada Adam? maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir?

(Al Baqarah: 34)

Bersemi Sejak di Awal Surga
Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tak pantas bersujud pada makhluk lain termasuk Adam karena merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik.

Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya sehingga memberi gelar baru baginya Iblis. "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tanganKu. Apakah kamu menyombongkan diri (takabur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"

Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menantang dan berkata, “Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah.?

Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman. "Keluarlah kamu dari surga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

Azazil alias Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata.

Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.?

Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah.

Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata, ”Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya? Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyadari bahwa kata “hamba? yang tertera pada tulisan di pintu surga, bisa menimpa kepada siapa saja, termasuk dirinya.

Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya, "Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan.? Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah.

Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya,
seluruhnya, “Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan.

Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

Menular pada Manusia
Korban pertama dari usaha penyesatan yang dilakukan Iblis, tentu saja adalah Adam dan Hawa. Dengan tipu daya dan rayuan memabukkan, Nabi Adam as. dan Siti Hawa lupa pada perintah dan larangan Allah. Keduanya baru sadar setelah murka Allah turun.

Terlambat memang, karena itu Adam dan Hawa diusir dari surga dan ditempatkan di bumi.

Dan sukses Iblis menjadikan Adam dan Hawa sebagai korban pertama penyesatannya, tidak senang dilihat sebagai sebuah kebetulan. Adam dan Hawa, bagaimanapun adalah Bapak dan Ibu seluruh manusia, awal dari semua sperma dan indung telur. Mereka berdua, karena itu menjadi alat ukur keberhasilan atau ketidakberhasilan Iblis menyesatkan manusia.

Jika asal usul seluruh manusia, berhasil disesatkan apalagi anak cucunya.

Singkat kata, kesesatan yang di dalamnya juga ada sombong, takabur, selalu merasa paling hebat, lupa bahwa masih ada Allah? berjanji akan menyesatkan manusia sampai kelak di ujung zaman.

Di banyak riwayat, banyak kisah tentang kaum atau umat terdahulu yang takabur menentang dan memperolokkan hukum-hukum Allah, sehingga ditimpakan kepada mereka azab yang mengerikan.

Kaum Aad, Samud, umat Nuh, kaum Luth, dan Bani Israil adalah sedikit contoh dari bangsa-bangsa yang takabur dan sombong lalu mereka dinistakan oleh Allah, senista-nistanya.

Karena sifat takabur pula, sosok-sosok seperti Fir'aun si Raja Mesir kuno, Qarun, Hamaan dan Abu Jahal juga mendapatkan azab yang sangat pedih di dunia dan pasti kelak di akhirat.

Pada zaman sekarang, manusia sombong yang selalu menentang Allah bukan berkurang, sebaliknya malah bertambah. Ada yang sibuk mengumpulkan harta dan lalu menonjolkan diri dengan kekayaannya.

Yang lain rajin mencari ilmu, namun kemudian takabur dan merasa paling pintar.

Sebagian berbangga dengan asal usul keturunan; turunan ningrat, anak kiai, dan sebagainya. Ada juga yang merasa diri paling cantik, paling putih, paling bijak dibanding manusia lain.

Mereka yang beribadah, shalat siang malam, puasa, zakat dan berhaji merasa paling warak dan sebagainya.

Ada yang meninggalkan perintah-perintah Tuhan hanya karena mempertahankan dan bangga dengan budaya warisan nenek moyang, dan seolah-olah segala sesuatu di luar budaya itu tidak bernilai.

Tidak sedikit juga yang mengesampingkan larangan-larangan Allah hanya karena mengejar era laju zaman modern yang selalu dibanggakan.

Sebagai manusia, orang-orang semacam begini tidak bermanfaat sama sekali.

Mata jamiah mereka memang melihat, tapi mata hatinya sudah buta melihat kebenaran dan kebesaran Allah. Allah telah dijadikan nomor dua, sementara yang nomor satu adalah diri dan makluk lain di sekitar dirinya.

Hati mereka menjadi gelap tanpa nur iman sebagai pelita. Akal mereka tidak dapat membedakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah).

"Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri (takabur)?

(Al Muddatstsir: 23).

Iblis sebagai pelopor sifat takabur selalu mendoktrin kepada siapa saja sifat takabur, dan mewariskannya kepada jin dan manusia.

Tujuannya jelas, untuk menyebarkan sumpah (Iblis) pada golongannya sebagaimana golongan sitan dari jenis jin.

Sitan tentu dominan untuk menjerumuskan dan menyesatkan bangsa jin, begitu pula sitan dari golongan jenis manusia, sangat dominan untuk menjerumuskan dan menyesatkan bangsa manusia

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"

(Al A’raaf: 179).

mmmm....
Penawar Takabur

Seperti penyakit hati yang lain, mengobati sifat dan sikap sombong bukan perkara mudah. Tak ada doktor, tabib, atau sinse yang sanggup mengobatinya.

Dari yang tidak mudah itu, ada beberapa cara disebut sebagai ubat mengatasi sombong atau takabur.

Pertama adalah tawaduk atau merendahkan hati. Hanya dengan sikap rendah hati, meyakini tak ada yang lebih dan tak ada yang patut dibanggakan dari diri dan apapun yang diperbuat diri, semua kesombongan bole disingkirkan.

Sikap tawaduk bole mengimbangi dan menetralkan jiwa dari sifat takabur, karena hanya dengan rendah hati manusia bole melaksanakan perintah Allah.

Seorang yang selalu rendah hati, maka padanya tidak akan ada rasa bongkak dan besar diri apalagi merasa lebih dari yang lain. Ia senantiasa meyakini sesuatu yang istimewa pada dirinya atau orang lain, semata karena anugerah Allah.

Tawakal adalah ubat kedua melawan sombong.

Dengan tawakal ataupun berserah diri sepenuhnya kepada Allah maka akal akan menyedari dan hati akan meyakini, semua yang terjadi pada manusia dan seluruh makhluk adalah atas kehendak Allah dan karena itu tak layak bagi manusia untuk menyombongkan diri selain hanya berpasrah pada Allah.

Sifat takabur senantiasa mengajak manusia untuk berbuat ingkar kepada Allah, sebaliknya tawakal senantiasa menyuruh manusia berbuat menurut ketentuan Allah.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal?

(Al Hujuraat : 13.)

Ibarat manusia, maka akan didapati tawaduk adalah sebagai ruh, dan tawakal sebagai jasad.

Karena menyangkut tentang kesempurnaan dimensi batiniah dan dimensi jasmaniah, maka sangat jelas keberadaan dua sifat ini (tawaduk dan tawakal) sangat menentukan untuk menetralkan keberadaan nafsu (jiwa) yang bertempat antara ruh dan jasad (lahiriah dan batiniah).

Termasuk sifat sombong. Karena itu jika ruh dan jasad tadi tidak bersatu, susah bagi manusia untuk mencapai derajat sebagai manusia utuh atau insan kamil.

kerana ia masih disebut sombong, atau takabur. Sifat yang dibawa Azazil, malaikat yang dikutuk menjadi Iblis dan terusir dari surga Allah.



na'uzubilla...

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah



Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."


Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.


Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."


Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Alla...h), Jud’un (pemurah) dan Birr’un (kebajikan).
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku”.

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: “Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah”

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ


Bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.

Istimewanya bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada Rasulullah s. a. w. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah. Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia. Ketika bertemu Allah, Rasulullah saw juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yang mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu. Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) ada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat”. (Surah al-Isra’, ayat 1)

Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad s. a. w. telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.

Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra’ Mikraj Nabi s. a. w, dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra’ dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah s. w. t. bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisra’ dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra’ Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah s. w. t. berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril a. s.

Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra’, menjelaskan tentang peristiwa Isra’ memulakan dengan kalimah Subhana “Maha Suci Allah.” Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra’ Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah s. w. t. Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.

Kalaulah peristiwa Isra’ Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

Dalam peristiwa ini, baginda Rasulullah s. a. w. dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Firman Allah:

ُن مَّثَلُ الَّذِينَ يفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan allah Maha luas kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.


Baginda juga melalui suatu tempat yang berbau harum. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”

Rasulullah juga diperlihatkan, sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.

Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami”.

Mudah-mudahan perkara yang diperlihatkan oleh Allah kepada Baginda Muhammad s.a.w. dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk mendapat rahmat dan kesejah teraan di dunia dan akhirat.