Catatan Popular

Jumaat, 27 Mei 2011

ISU KONTROVERSI DI TV9 : PERNIKAHAN DI ANTARA SYED & SHARIFAH: SATU PENJELASAN

Assalamualaikum wbt.



Surat ini ditujukan kepada mereka yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menerbitkan sebuah rancangan bertajuk "Di antara dua darjat" yang disiarkan melalui program keluarga di 9 menerusi channel TV9 yang ditayangkan pada jam 1 tgh hari (bersamaan hari Isnin, 24 Disember 2007). Hos forum ini adalah Sdr. Aziz Desa.



Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan dihalusi kembali. Ia adalah seperti perkara-perkara yang telah di senaraikan di bawah :



(1) Tajuk Pembahasan

Tajuk yang diketengahkan adalah dua darjat ataupun yang lebih senang difahami, manusia yang suka membeza-bezakan sesama sendiri. Apa sebenarnya niat penerbit untuk ketengahkan tajuk ini? Ya, apa yang kita dapat fikirkan adalah untuk mengeluarkan kepongpong kebanyakan masyarakat yang sering berfikiran kolot dalam membeza-bezakan manusia itu sendiri terutama dalam urusan perkahwinan. Itu tidak dapat dinafikan dengan adanya sifat taksub yang teramat sangat yang berlaku sehingga timbulnya merendah-rendahkan manusia yang lain dengan mengklaim bahawa dirinya lebih baik daripada yang lain. Walaubagaimanapun, ada beberapa faktor yang perlu juga diambil kira sebelum kita membahaskan sesuatu tajuk itu. Kita perlu tahu apa motifnya, siapa yang bakal dikaitkan dalam pembahasan tersebut, serta apakah natijahnya setelah pembahasan itu. Setiap kebarangkalian yang bakal terjadi perlu di lihat dahulu sebelum membincangkan sesuatu isu lebih-lebih lagi isu yang disiarkan di kaca televisyen. Ia disebabkan orang yang lihat program di TV ada yang berilmu dan ada yang jahil. Saya berpendapat isu tersebut sememangnya amat kontroversi dan sensitif, kerana ia akhirnya melibatkan maruah keluarga Syed & Sharifah (yakni kaum kerabat keluarga Rasulullah saw). Secara kesimpulan, isu tersebut sama sekali memberikan kesan-kesan yang negatif kepada penonton yang melihat dan mendengarkanya (terutama bagi mereka yang kurang ilmu). Lebih-lebih lagi apabila tetamu yang dijemput adalah tidak begitu arif tentang masalah ini. Ia memberikan satu bayangan seolah-olah, penerbit program itu ingin benar sekali perkahwinan sesama taraf di pandang negatif oleh masyarakat.



(2) Tetamu undangan : Sharifah Salasiah Al-Hamid (kalau tak silapla)

Pihak penerbit mengklaim bahawa tetamu undangan ini adalah wakil kepada ASYRAAF (Persatuan Kebajikan Syed & Sharifah di M'sia). Betul ka ?? Siapa yang hantar dia untuk mewakilkan ASYRAAF ?? Presiden ASYRAAF Prof. Dr. Syed Omar Asseggaf & semua AJK, pun tidak dimaklumkan dengan perkara ini. Mcm mana penerbit dan si tetamu ini mengklaim bahawa dia wakil ASYRAAF?? Dan beliau cuba beritahu kepada umum apa itu ASYRAAF, aduh sedihnya dengar penjelasan beliau, seolah-olah tak tau apa pun apa yang nak dicakapkan. Ini adalah maklumat dan perbuatan yang salah. Sememangnya dia (Sharifah Salasiah) bukan lah ahli nya untuk berhujjah tentang pernikahan Syed & Syarifah. Maaf2 utk ckp krn sememangnya beliau kurang berilmu di dlm bab ini dan beliau sendiri tidak kahwin dgn Syed. Bkn la itu jadi isu nya. Tapi, apa tujuan pihak penerbit panggil Sharifah yg tidak berkahwin dgn Syed? Ini sememangnya memberikan satu bayangan seolah-olah mengajak masyarakat umum agar dapat berfikir bahawa perkahwinan Sharifah dgn bkn Syed tidak ada masalahnya. Saya berpendapat bahawa, ini adalah perkara yang tidak tepat. Pendapat ini bukan lah dibuat-buat sendiri tapi ia diambil berdasarkan dalil dan nas serta hujjah yang sahih berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri. Ini akan saya panjangkan sebentar lagi.



(3) Menukar bakal tetamu yang dijemput pada saat2 akhir.

Saya juga ingin mendapatkan kepastian kepada pihak penerbit TV9 tentang siapakah sebenarnya yang akan mewakilkan ASYRAAF? Ia disebabkan telah tersebar luas SMS daripada Setiusaha Agung ASYRAAF, Syed Saiful Jamalulail yang mengatakan seperti berikut : " Jgn salah faham, sharifah tempoh hari bukan wakil ASYRAAF, TV9 janji akan undang Ust Syed Ibrahim Al-Yahya (Penasihat Agama YAB Menteri Besar Pahang) sbg wakil ASYRAAF, tp mereka bohong, kita teraniya ". Setelah itu saya terus mendapatkan maklumat daripada Ust Syed Ibrahim akan hal itu, ternyata sememangnya sah. Pihak penerbit TV9 hanya hubungi beliau sebaik sahaja selesai program dengan ucapan maaf. Adakah betul perkara ini ?. Mohon penjelasan daripada TV9. Hal ini membayangkan kepada saya bahawa apa sebenarnya TV9 ni ingin masyarakat faham?? Klau ingin masyarakat faham bahawa takda masalah Sharifah kawin bkn Syed, sama sekali silap dan tidak tepat. Perkara ini terjadi memberikan satu gambaran bahawa penerbit rancangan tersebut tidak mempraktikkan profesionalisme dalam budaya kerja yang kita dok laung-laungkan.



(4) Tetamu undangan : Ust Mohd Farid Ravi bin Abdullah

Ust Farid berhujah dengan begitu baik terutama dalam menyebutkan bahawa perkara ini yakni (pernikahan ikut taraf) ataupun sekufu sememangya di guna pakai dalam kehidupan terutama bagi kita yang beraliran mazhab Imam Syafe'i. Ust Farid berhujjah dengan begitu baik sekali berkenaan itu. Tetapi apa yang memeranjatkan dan memeningkan kepala saya, Ust Farid memberikan satu kenyataan bahawa pernikahan di antara Syed & Sharifah sebenarnya di buat-buat sendiri dan tidak wujud dalam agama. Fuh, pelik juga, tadi baru cerita pasal kafaah (kufu perkahwinan). Mungkin Ust Farid lupa apa yang Imam Syafe'i bahaskan dalam bab kafaah (kufu perkahwinan), di dalam kitab feqah Al-Umm karya teragung ilmu fiqh Imam Syafe'i. Kan beliau bahagikan kepada empat kufu iaitu ilmu atau pendidikan, harta @ kekayaan, darjat dan keturunan. Mohon Ust farid rujuk kembali karya 'ulama ratusan tahun yang lalu yang telah bahaskan dengan begitu rapi dan cantik setiap pembahagian kafaah (kufu perkahwinan) itu sendiri. Erm, awal2 ust farid ckp kita boleh ikut kufu, lepas tu ckp ia dibuat-buat dan tiada dalam agama??? Bkn kah salah satu daripada pembahagian kufu adalah keturunan??? Jadi apa yang dimaksudkan disebalik perkahwinan Syed & Sharifah kalau bukan ia selari dengan apa yang dibahaskan dalam bab kafaah (kufu perkahwinan) dalam Kitab Al-Umm. Adakah perkara ini di buat-buat ???atau pun Imam Syafe'i yang buat-buat perkara ini, dan Imam Syafe'i juga mengada-adakan perkara yang baru dalam agama??? Bukankah jambatan kepada mazhab itu sendiri adalah Al-Quran & As-Sunnah??? Adakah kita lebih dapat memahami apa yang telah difaham dahulu oleh Imam Syafe'i??? Erm, letih2, lebih baik ckp tamil kalau dok belit-belit mcm ni.



Uts Farid kata kita semua keturunan Nabi Adam. Betul la, jgn lupa Firaun pun keturunan Nabi Adam, George Bush, Yahudi pun keturunan Nabi Adam.



Nasihat saya pada mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini, jgn lah kita mengatakan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pasti berkenaannya ataupun kita mengambil sesuatu ilmu itu daripada sumber yang salah.



Maksud firman Allah: " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. " (Al Israa':36)



Kalau kita biasa bergaul dgn puak2 WAHABI, kita akan tahu selok-belok apakah ciri-ciri untuk kenal WAHABI. Saya secara peribadi telah bergaul dengan ramai cerdik pandai di kalangan WAHABI sejak lebih 12 tahun yang lalu. Sememangnya salah satu cirinya adalah menafikan akan hak kafaah (kufu perkahwinan) terutama di antara perkahwinan Syed & Sharifah. - Ust farid mempunyai ciri2 itu.



Bab kafaah (kufu perkahwinan) ini bukan sahaja dikitiraf dalam mazhab syafei bahkah dalam semua mazhab yang empat Ahli Sunnah wal Jamaah. Sila rujuk kitab-kitab yang telah bahaskan terperinci mengenai perkahwinan Syed & Syarifah ini. Di antaranya, al-fathul Bari karang Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ibnu Munzir mengutip dari Mukhtasar Al Buwaithi, Kitab Bughuyatul Mustarsyidin karangan Sheikh Abd Rahman. Selain itu, boleh juga rujuk kitab kitab Matla' al-Badrain dan Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189 (Imam Nawawi). Sila perhatikan juga hadith Nabi saw di bawah :



``Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.'' – HR. Imam Muslim



Pandangan majoriti ulama' ini adalah berasaskan dalil-dalil al-Quran dan sunnah serta kemaslahatan perkahwinan itu sendiri, yang bertujuan melahirkan kasih sayang dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.



Perkara ini pernah pernah dibahaskan oleh Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Wanita Berjaya: Kedudukan Mereka Di sisi Suami Dan Kepentingan Kufu Dalam Perkahwinan di Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya dari Perspektif Islam, yang dihadiri lebih kurang 260 peserta pada 5-6 Ogos 2003



Sememangnya pembahagian dalam bab kafaah (kufu perkahwinan) itu banyak baiknya yang akan menatijahkan kebahagian sepanjang hidup. 'Ulama membahagikan kafaah (kufu perkahwinan) itu bukan untuk membezakan manusia itu secara mutlak, tetapi manusia itu sendiri berbeza.



Sebagai contoh yang rasional, zaman sekarang ramai perempuan ada degree, dan nak kawin dgn laki yg ada degree juga, klau tak dia tak nak. Boleh ka kita marah perempuan tu dgn ckap apa bezanya kau dengan yang lain, kita semua manusia biasa, tak perlulah nak bezakan yang ada degree ataupun tak. Mana boleh saudara, itu hak dia nak kawin dgn siapa yang dia inginkan. Itu soal kafaah (kufu perkahwinan) ilmu atau pendidikan. Bagaimana pula soal harta @ kekayaan??? Sekarang ramai lelaki elit yang biasa dengan hidup mewah dan kaya. Diapun nak cari yang setaraf kaya dgnnya. Atau apakah boleh kita ckp kat laki tu, wei kita semua sama sahaja, apa nak beza-bezakan, kawin je la dgn perempuan yg susah dan miskin. Mana boleh saudara, itu hak dia nak memilih setaraf dengannya. Tetapi yang peliknya bile masuk bab keturunan, ramai yang tolak dengan berikan alasan mcm2 terutama perkahwinan Syed & Sharifah. Kenapa jadi begini ??? Pendidikan kita boleh terima kufunya, harta kita boleh terima kufunya, darjat kita boleh terima kufunya, tapi bila bab keturunan kita tolak lagi dgn ckp kenapa nak bezakan manusia, semua sama sahaja??? Kita lupakah??? 3 daripada 4 perkara dalam kufu itu diusahakan sendiri oleh manusia ketika hidup di dunia (iaitu pendidikan, harta & darjat). Tetapi, keturunan kita tak cari di dunia. Tapi ia anugerah Allah swt, kurnia Allah swt. Bukan kita yang cari atau usahakan. Syed & Sharifah pun tak minta lahir ke dunia dengan bernasabkan kepada Nabi saw. Adakah salah mereka??? Atau salah Nabi saw ??? Atau salah Allah swt ??? istighfarlah banyak-banyak. Ia kerana apabila kita menyebut tentang Syed & Sharifah, mereka adalah keluarga Nabi saw yang wajib kita cintai dan bela serta jaga hak-haknya. Atau adakah kita terlupa sabda Nabi saw :



" … Maka mereka (Ahlul Bait Nabi saw) adalah keturunanku, diciptakan oleh (Allah swt) dari darah dagingku, dan dikurniakan kepada mereka ilmu dan pengetahuanku. Celakalah orang dari kalangan umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dengan mereka. Orang-orang seperti itu tidak akan diturunkan syafa'atku (pertolongaku di hari akhirat) " - HR Imam Thabrani & Al-Hakim



(5) Hos rancangan : Sdr Aziz Desa memprovokasi.

Hal ini dinafikan sendiri oleh Sdr. Aziz Desa dalam rancangan itu. Tetapi provok juga. Saya fahamla, tugas jadi hos ini memanglah nak hidup dan ceriakan suasana dan timbulkan beberapa koflik agar lebih rancak bercerita. Tetapi hati-hati sikit, banyak hati orang yang terluka klau kita salah cakap. Nampaknya memang biadap tindakan Sdr. Aziz Desa apabila dia mempersoalkan kepada Ust Farid : " Adakah boleh yang bukan Syed mcm saya ni kahwin dengan Sharifah". Uts Farid jawab : "Boleh, tiada masalah". Sdr. Aziz Desa juga menanya lagi : " Bolehkah saya yang bkn nama Syed, saya ubah jadi Syed ?". Kemudian apabila ia disangkal oleh seorang ahli panel iaitu Sharifah Salasiah dengan alasan peraturan ini telah termaktub dalam Undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sdr. Aziz Desa kemudiannya berkata : " Mungkin JPN harus lihat balik perkara-perkara mcm ni dan diperhalusi semula". Lafaz ini secara tidak langsung seolah-olah melecehkan dasar-dasar kerajaan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Saya mengsyorkan kepada Sdr. Aziz Desa bahawa adalah baik sekiranya beliau membuat skit penyelidikan laa kalau nak handle topik-topik yang sensitif mcm ni. Kalau tak buat 'case study', tu yang main belasah je tu. Bunyi memang provok laa, apa lagi …





(6) Memperkecilkan tradisi perkahwinan Syed & Sharifah

Rancangan yang disiarkan tempoh hari secara tidak langsung seolah-olah memperkecilkan tradisi perkahwinan Syed & Sharifah. Ini terjadi bila mana kita buntu dalam suatu hal agama, kita tidak rujuk dengan ahlinya, kita lebih gemar ikut logik akal. Dan apabila kita mencari ahlinya, kita tersilap pilih.



Banyak alasan-alasan yang diberi tanpa ujikaji yang kemas untuk menyangkal tradisi perkahwinan ini. Ada yang berkata Nabi saw sendiri tidak kahwin semasa sendiri yakni dengan satu keturunan yang sama mulia dgn Nabi saw, Nabi pun kawin campur. Mungkin kita terlupa siapa isteri pertama Nabi saw, bukankah S. Khadijah RA orangnya??? Bukankah beliau dari Bani Hasyim yakni satu keturunan dgn Nabi??? Bukankah di situ kita dapat pelajari hikmahnya?



Ada yang pula yang berkata, Nabi saw sendiri membiarkan anak-anak gadis nya dikahwinkan dengan bukan senasab dengannya. Memang betul sahabat-sahabat telah bernikah dengan anak gadis Nabi saw. Tetapi kita tak kaji habis, sahabat yang kahwin dengan anak gadis Nabi saw tidak mempunyai zuriat lansung, kecuali anak gadis Nabi saw iaitu S.Fatimah Zahrah RA yang telah dinikahkan dengan S.Ali RA (senasab dgn Nabi). Tahukah kita bahawa Nabi saw telah beberapa kali menolak lamaran daripada sahabat seperti S.Abu Bakar & S.Umar untk menikahi S.Fatimah???? Kita mungkin tak lihat sudut tu. Bukankah disitu kita dapat pelajari hikmahnya???



Bagaimanapula dengan nasihat Nabi saw kepada Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) menyuruh beliau untuk menceraikan isterinya Zainab (senasab dgn Nabi saw) dengan alasan tidak sekufu nasabnya.



Apa yang penting taqwa. Saya setuju. Tapi bgmana nak capai taqwa kalau kita tidak tulus mencintai keluarga Nabi saw dan memelihara hak-haknya. Bukankah kesempurnaan kepada taqwa itu hendak mencintai Nabi dan ahli keluarganya.



Sabda Nabi saw : " Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga dia lebih mencintai aku daripada dirinya, lebih mencintai keturunanku lebih daripada keturunannya sendiri, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya, lebih mencintai zatku daripada zatnya sendiri"

– HR Thabarani, Al-Baihaqi & Ad-Dailami





Ada yang ckp yg penting hati. Saya lagi setuju. Tapi, cuba fikir kalau kita berzikir dgn lisan, tapi hati melayang-layang ke tempat lain, apa guna kan ??? Maknanya kedua-dua kita kena ambil kira, baik yang bersifat spritual mahupun yang bersifat fizikal. Mudah kan ??? Jgn la kolot sgt ...



Bagaimana kita dapat tahu akan hal ini, kalau kita tidak membongkarnya dalam kitab-kitab sejarah. Dan kita tidak mengambil ilmu daripada seorang guru yang mempunyai sanad yg kemas sampai Nabi saw. Belum apa-apa kita dah bangkang, belajarlah dengan kemas dulu baru bangkang ye.



Kita kenalah akui bahawa kemulian dan hak-hak mereka (Syed & Sharifah) adalah wajar dan diiktiraf serta selaras dengan kehendak syariat.



Telah bersabda Nabi saw : " Aku melaknat enam golongan yang mana Allah swt dan seluruh para nabi jua melaknatnya iaitu : Orang yang menambah-nambah dalam agama, orang yang mendustakan takdir (ketentuan) Allah, orang yang berkuasa dengan kejam menghina orang yang dimulikan Allah dan memuliakan orang yang Allah hinakanny., orang yang meninggalkan sunnahku, orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan orang yang menghalalalkan apa-apa yang Allah haramkan mengenai keturunanku" – HR. Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Ad-Dailami, Al-Khatib dan Kitab Al-Jami'.



Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perbuatan kita ini adalah seolah-olah kita berasa sakit hati atau dengki dengan mereka. Mengapa ini terjadi ??? Bukankah Allah telah berfirman :



" Ataukah mereka merasa iri hati terhadap orang yang telah diberi kurnia oleh Allah ?" – Surah An-nisa : 54



Cuba lah kita bayang kan secara rasional tentang tanggungjawab Syed untuk berkahwin sesama Sharifah itu sendiri. Mereka keturunan Nabi saw, sememangnya mereka wajib bersyukur di atas kurniaan Allah swt melahirkan nya sebagai benih Nabi saw. Menyedari akan hal inilah, mereka ingin menunjukkan tanda syukur mereka kepada Allah untuk memelihara nasab yang mulia ini bukan kerana ingin sombong dan bermegah-megah, tapi untuk membuktikan cintanya kepada Allah dan Nabi saw. Adakah wajar kalau Allah telah kurniakan mereka sebagai senasab dgn Nabi saw, jika mereka memutuskan nasab mereka dengan Nabi saw dengan bernikah dengan bukan senasab dengannya.





Seorang Imam yang teragung Islam iaitu Amirul Mukminin Saidina Omar bin Khattab RA pernah berkata : " Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki yang setaraf dengannya." – Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni



Yelah, mcm saya bkn keturunan Nabi saw, jgn la kita merasa ini tidak adil sebab kita bukan keturunan Nab sawi. Allah itu Maha Adil. Allah Yang Maha Suci dari sifat tidak adil. Adakah adil kita mengecam mereka yang senasab dengan Nabi saw yang ingin memelihara keturunan mereka kerana cintanya mereka kepada Allah dan Rasul ???? Jgn la di sebabkan kita yang bkn senasab dgn Nabi saw berbuat sedemikian rupa. Ia akan menyakiti hati mereka.



Nabi saw bersabda : " Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku" – HR. Imam Dailami.



Sabdanya lagi: " Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt"

– HR. Assabus Sunan, Sahih



Hendaklah difahami juga, bahawa mereka Syed & Sharifah tidak maksum. Mereka juga seperti yang lain, tidak lepas melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi apa yang perlu kita benar2 fahami, bahawa agama ISLAM meraikan hak sesama manusia baik dia tu Muslim ataupun Kafir. Apatah lagi hak ahli keluarga Nabi saw. Fikir-fikirkan lah.



Mereka yg masih meragukan dan mendustakan hal ini lebih akan cenderung mengikut hawa nafsunya sendiri, tidak ubah apa yang Allah firmankan :



" Mereka mendustkannya dan mengikuti hawa nafsunya sedang tiap-tiap urusan itu akan tetap (berlaku) " (Surah Al-Qamar :3)



Cubalah fahami dan insaf bahwa cinta dan membela hak keluarga Nabi adalah perkara fardhu dalam agama. Bukannya dibuat2.





Telah bersabda Nabi saw:



" Syurga diharamkan Allah bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahli baitku (ahli keluarga Nabi saw) dan menggangguku melalui keturunanku"

– HR Imam Ahmad





(7) Adakah galakan Sharifah bernikah dengan Syed satu kesombongan ???



Tohmahan dan fitnah yang mengecam pernikahan di antara Sharifah dan Syed satu kesombongan adalah tidak tepat. Kalau ada yang mengatakan sedemikian, sebenarnya merekalah orang yang sombong kerana tidak mahu menerima kebenaram hukum tersebut.



Nabi saw bersabda : " Kesombongan itu adalah dengan menolak kebenaran " – HR. Sahihain, Sunan Abi Daud dan Tirmizi.



Mohon rujuk kitab Tawaddhu & takabbur karang Abdullah bin Jarullah tentang ciri-ciri kesombongan itu.



Ia tidak boleh dikatakan sombong kerana hal itu merupakan amanat dan sebagai mengikut jejak langkah Nabi saw sendiri dan anak serta cucu-cicitnya dari generasi ke generasi. Ia disebabkan bagi menjaga keluhuran salasilah yang bersinambungan agar tidak terputus hubungan kekeluargaan/ kerabat dengan Nabi saw. Sifat menjaga dan memelihara amanat bukan satu kesombongan.



Kalau kita masih merasakan ia satu kesombongan, bagaimana hal nya dengan hal-hal yang lain yang berlaku pada hari ini. Sebagai contoh mudah, kita nampak ada orang bawa kereta mewah mcm Merc ata BMW ke, tiba2 kita ckp dia sombong sebab di pakai kereta mcm itu. Apa kes beb ??? Mana boleh cam tuu. Habis, kalau kita naik kereta biasa mcm wira atau kereta lama, barulah dikatakan tidak sombong??? Ini kan ckp orang yang jahil. Begitu juga dengan hal yang kita jadikan isu ni, kita tidak harusnya menilai orang berdasarkan fizikal semata-mata tanpa ada asas yang kukuh dan rasional.



Adakah wajar kita yang mengaku mempunyai iman dan ehsan, sanggup menuduh mengatakan hal yang bukan-bukan tentang tradisi perkahwinan Syed & Sharifah hanya semata-mata mereka ingin menjaga pertalian darah dengan Nabi saw ???



Hendaklah kita fahami bahawa tradisi perkahwinan di antara Syed & Sharifah bukanlah menganggap diri mereka lebih suci dan bersih daripada yang lain. Tidak, tidak sama sekali. Dosa tetap dosa, tidak kira siapapun. Masing-masing wajib bertaubat di atas dosanya itu.







Sebenarnya, kita semua diuji oleh Allah swt dalam semua hal. Jika bab ini, Allah swt tetap akan uji kita sejauh mana kita taat kepada Rasulullah saw. Nabi saw telah pun tahu akan perkara ini akan terjadi pada umatnya. Sebab itu lah, Nabi saw pernah bersabda :



" Sesungguhnya kalian akan diuji mengenai urusan yang ada kait-mengait dengan ahli keluargaku (Ahlul Bait), sesudah peninggalanku nanti." – HR Imam Tabrani dlm Al-jami'ul Kabir dari Imarah Ibnu Yahya ibnu Khalid dari 'Arafathah RA.





(7) Penutup ...



Saya benar-benar yakin dan pasti rancangan yang diterbitkan oleh Keluarga di 9 itu telah mengecewa dan menyakitkan hati keluarga Syed & Sharifah yang berada di Malaysia ini khususnya. Bolehkah kita mengatakan bahawa natijah program ini telah menzalimi dan menghina keluarga Nabi saw ????



Sabda Nabi saw : " Ada dua perkara yang menyebabkan umat Islam menjadi kufur, iaitu mencela / menghina nasab dan meratapi mayat (tidak redha dengan ketentuan Allah akan hal itu)" – HR. Imam Muslim



Mungkin ada beberapa pihak yang memikirkan kenapa harus dibesar-besarkan cerita ni ?? Ni remeh temeh... Saya tidak setuju. Harus diingatkan siapa yang besar-besarkan cerita dulu??? Klau cakap sesama sendiri lain cita. Ni sampai masuk TV, berjuta-juta penonton melihatnya. Apa ni ??? Siapa yg ingin bertanggungjawab ??? Tidak takut kah hukum Allah ???? Lupakah kita siapa yang bertanggungjawab meng-Islamkan Tanah melayu kalau bukan datuk nenek mereka Syed & Sharifah sehingga telah tersebarnya mazhab aqidah ahli sunnah wal jamaah dan mazhab feqah Imam Syafe'i. Harap kaji semula sejarah.



Sabda Nabi saw :



" Barang siapa yang dipanjang umurnya dan ingin mendapat kebahagian dengan kebajikan yang dikurniakan Allah kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku. Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku, ia tidak akan mendapat keberkatan hidup dan pada hari kimat kelak akan dihadapkan kepadaku dalam keadaan wajah mukanya berwarna hitam". - HR. Imam Dailami













TV9 merupakan satu saluran TV yang paling digemari ramai kerana rancangannya banyak kepada unsur-unsur kebaikan seperti pendidikan, motivasi, kerohanian, kekeluargaan dan sebagainya. Kita tidak nafikan bahawa yang menyelenggarakan itu semua adalah manusia, yakni tidak lepas melakukan kesalahan.



Saya secara peribadi mengsyorkan bahawa mereka yang bertangungjawab dalam isu yang ditimbulkan ini, agar dapat memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan. Perkara ini tidak boleh main-main. Ia harus dipandang serius. Mungkin di dunia ini kita boleh terlepas, tapi jangan lupa di hari akhirat nanti. Ingatlah, siapa yang akan beri syafa'ah (bantuan) di hari akhirat nanti??? Bukan kah Rasulullah saw ??? Jgn lupa, bahawa kita menjaga hak-hak Syed & Sharifah itu bkn sebab zat ataupun diri mereka, tetapi disebabkan kerana cinta & taat kita kepada Rasulullah saw. Mereka yang taat Rasulullah saw, adalah mereka taat dengan Allah swt. Begitulah jua jika sebaliknya bagi siapa yang ingkar.



Akhirnya, cermatilah, firman Allah swt di dlm AQ :



" Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu), bahawa aku (Rasulullah saw) tidak meminta upah atas seruanku kecuali berkasih sayanglah kepada ahli keluarga(ku). Barang siapa buat kebajikan, baginya Kami tambahkan kebaikan pada kebajikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha membalas syukur " (Surah Asyura : 23) – sila lihat kitab-kitab tafsir AQ dgn lebih terperinci karya 'ulama2 tafsir yang terulung tentang ayat yang tersebut.



Sekian. Wassalam



Ahmad Ghazi bin Hj. Wahab.

27/12/2007

Serdang.



S.k (a) CEO, Media Prima

(b) Penerbit rancangan keluarga di 9, TV9

(c) Pengarah Penyiaran, RTM

(d) CEO, Utusan Malaysia Bhd.

(e) YAB Menteri Besar Selangor

(f) CEO, JAKIM

(g) CEO, JAIS

(e) Majlis Fatwa Kebangsaan

(f) Majlis Fatwa setiap negeri di Semenanjung, Sabah & Serawak.

(g) Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

(e) CEO, KUIS

(f) Bajened & Co. Peguambela & Peguamcara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan