Catatan Popular
-
kisah teladan para wali Allah dan ahli tasawuf, para sufi Rabiah Al-adawiyah, Al-Ghazali, Al-Jaelani. al hallaj,kata mutiara sufi, tasawuf, ...
-
Dikisahkan Syeikh Abu Hasan As-Syazili berkelana mencari mursyid dan bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang pa...
-
Beliau adalah seorang Sayyid dan Syarif (julukan khusus untuk keturunan Nabi Muhammad SAW) Imam para Wali dan orang-orang sholeh (Al-Qutub) ...
Selasa, 17 Mei 2011
Masyarakat Melayu Arab Tawau.Sabah
Masyarakat Melayu Arab terdapat di Sabah terutamanya di Tawau, sebuah daerah yang terletak di hujung tenggara negeri Sabah. Masyarakat Melayu Arab di Tawau ini telah wujud sejak lama dahulu iaitu di awal kewujudan bandar Tawau iaitu di zaman pemerintahan Syarikat Borneo Utara British ketika hujung 1880-an. Walaupun masyarakat Melayu keturunan Arab ini terdapat di seluruh Sabah namun di Tawau, masyarakat Melayu Arab agak ramai dan istimewa kerana mereka memainkan peranan utama di dalam perkembangan syiar dakwah agama Islam di Tawau serta perjuangan hak dan politik orang-orang Melayu khususnya di Tawau, Sabah ini. Berdasar kan sejarah Arab .golongan ini telah terlibat Dalam pelayaran kerena penguasan mereka dalam ilmu kaji bintang ,kedudukan geogarafi dan pandu arah telah memudahkan mereka sampai ke destinasi yang di tuju .sebahagian besar mereka dari negeri hadramaut . Yaman Selatan.
Masyarakat Arab memainkan peranan penting sebagai golongan pendakwah dan pedagang dalam menyebar kan syiar islam yang dilakukan menerusi proses penghijirahan .Hakikatnya ,sejarah kedatangan masyarakat arab berkait rapat dengan agama islam ,ternyata tak dapat di nafikan kebanaran nya mengenai toeri kedatangan islam dari tanah Arab dengan perkembangan ajaran islam di asia temasuk .di sabah.
: Buku ' Tawau The Making of a Tropical Community . Ken Goodlet . Opus Publication : 2009
Uniknya masyarakat Melayu Arab ini ialah walaupun nenek moyang mereka berasal dari Tanah Arab tapi kesemua keturunan mereka di sini iaitu masyarakat Melayu Arab ini tidak lagi bertutur dalam bahasa Arab sebaliknya mereka hanya tahu bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Tawau. Ini kerana pergaulan mereka sejak ratusan tahun dengan orang orang Melayu dan nenek moyang mereka sendiri pun dahulu telah berkahwin dengan wanita wanita tempatan berbangsa Melayu dan mengamalkan adat resam dan cara hidup Melayu. Yang cuma tinggal persamaan dengan nenek moyang mereka adalah rupa paras mereka yang menyerupai sedikit atau kelihatan seiras seperti wajah orang bangsa Arab. Terdapat juga setengahnya yang menggunakan nama- nama Arab seperti Habib dan Syed atau Sharifah.kerena mereka yg mengguna nama syed /sharifah adalah dari keturunan Al- Iman Ahamad Almuhajir.
Penempatan masyarakat Melayu Arab di Tawau
Masyarakat Melayu Arab Sabah ini banyak mendiami kawasan perkampungan lama seperti di Kampung Pasir Putih Lama bersama sama masyarakat Melayu Tidung, perkampungan di Batu 2, Jalan Apas berdekatan dengan hilir Sungai Tawau dan juga di kawasan kampung Merotai Besar Tawau. Oleh kerana masyarakat Melayu Arab ini adalah antara penduduk terawal di Tawau, masyarakat Melayu Arab ini memiliki banyak tanah-tanah persendirian bergeran di sekitar daerah Tawau.
Rujuk : Buku 'Borneo Under The Sun'. Nicholas Chung . Natural History Publication : 2005
Sejarah Masyarakat Melayu Arab di Tawau
Kedatangan orang orang Arab ke Tawau ketika zaman pemerintahan British Borneo Chartered Company dahulu. adalah . memainkan peranan penting sebagai golongan pendakwah dan pedagang dalam menyebar kan syiar islam yang dilakukan menerusi proses penghijirahan .hakikatnya ,sejarah kedatangan masyarakat arab berkait rapat dengan agama islam .ternyata tak dapat di nafikan kebanarannya mengenai toeri kedatangan islam dari tanah arab dengan perkembangan ajaran islam .
Selain itu, ada juga beberapa orang orang Arab ini yang menjadi tempat rujukan untuk mempelajari agama Islam kerana ilmu dan pengetahuan agama mereka yang tinggi dan seterusnya menjadi pemimpin kepada orang orang Melayu di Tawau. Misalnya, Habib Sheikh Bin Habib Abdulrahamn Al aydrus yang menjadi ketua masyarakat Melayu Islam ( native chief ) di Tawau di antara tahun 1912 hingga 1925. Kemudian seterusnya, Habib Hussein Bin Habib Abu Bakar Al-Aydrus pula pernah menjadi ketua masyarakat di Tawau sekitar tahun 1930an dan akhir 1940an sebelum beliau terkorban dibunuh oleh tentera Jepun bersama Stephen Tan, pemimpin masyarakat Cina di Tawau ketika itu. Ketika era selepas kemerdekaan pula, Habib Abdulrahman Bin Habib Sheh Alaydrus( Bt2 Jln Apas Tawau ) Habib Hassan Bin Habib Umar Al-Hinduan ( Guru Agama ) di Kampung Pasir Putih Lama juga banyak berjasa di dalam perkembangan dakwah Islamiah di Tawau. Selain itu nama-nama lain di kalangan pemimpin masyarakat Melayu berketurunan Arab yang agak dikenali di Tawau ialah Habib Abdul Rahman ( Anak Habib Sheikh ), Habib Idrus, Haji Awadan dan Habib Mohammad..
Pemimpin-Pemimpin Melayu Berketurunan Arab
Peniaga peniaga Arab yang datang ke Tawau ini menetap di sini dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kain.
Misalnya Habib Ali, seorang peniaga kain sangat terkenal di Tawau suatu masa dahulu. Anak beliau sekarang adalah seorang ahli politik yang berjaya iaitu Yb Datuk Syed Abbas yang memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN kawasan Balung dan juga (Mantan) Pengerusi MUIS negeri Sabah.Banyak orang orang Melayu keturunan Arab ini , kini telah pun menjadi ahli peniagaan yang berjaya dan kaya atau pun menjadi ahli politik yang terkenal. Misalnya Datuk Panglima Ahmad Ayid, seorang ahli perniagaan dan pemimpin yang sangat berjasa kepada orang orang Melayu di Tawau sejak sebelum dan selepas kemerdekaan negeri Sabah. Begitu juga dengan sumbangan beliau kepada penyatuan orang orang Melayu di Tawau bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan serta pemimpin Melayu Tawau yang lain melalui penubuhan PKMT pada 1945 dan penubuhan USNO pada 1961. Hari ini, Datuk Ghapur Salleh ( Ketua UMNO merangkap ahli Parlimen Kalabakan ) dan Yb Datuk Syed Abbas Habib Ali ( Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN Kawasan Balung ) adalah antara pemimpin -pemimpin Melayu keturunan Arab yang sangat dikenali dan sedang menyumbangkan jasa mereka kepada rakyat di daerah Tawau ini. Rujuk : Buku ' Tawau The Making of a Tropical Community . Ken Goodlet . Opus Publication : 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan