Catatan Popular

Jumaat, 13 Mei 2011

Boleh Melaknat Dan Mengkafirkan Orang Yang Menodai Kesucian Ahlul Bait

Para ulama telah menyatakan tentang bolehnya seseorang melaknat sesiapa yang menodai sesuatu dari kesucian Ahlul Bait berdasarkan beberapa hadis yang akan kami sebutkan dalam bab ini. Walaupun hanya dua hadis namun kami rasa memadai untuk itu dan ini juga menunjukkan pengkhususan Ahlul Bait dengan hukum ini dalam syariah Islamiah.

Hadis pertama: dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.



بُغْضُ هَاشِمِى وَ اْلأَنْصَارِ كُفْرٌ وَبُغْضُ عَرَبِيٍّ نِفَاقٌ.

"Membenci Bani Hashim dan Ansar adalah kufur dan membenci orang Arab adalah nifaq". Dinyatakan oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir.

Hadis kedua diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



سِتَّةُ لَعَنْتُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَكُلُّ نَبِيٍّ : الزَّائِدُ فِيْ الدِّيْنِ وَالْمُكَذِّبٌ بِقَدْرِاللهِ وَالْمُتَسَلِّطُ بِالْجَبَرُوْتِ يُذِلُّ مَنْ أَعَزَّاللهُ وَيُعِزُّ مَنْ أَذَلَّ اللهُ وَالتَّنَازُلُ لِسُنَّتِيْ وَالْمُسْتَحِلُّ لِحُرُمِ اللهِ وَالْمُسْتَحِلُّ مِنْ عِتْرَتِيْ مَا حَرَمَ اللهُ

"Aku melaknat enam golongan yang juga mereka dilaknat oleh Allah dan setiap nabi yang diutus, iaitu orang yang menambah dalam kitab Allah dan orang yang mendustakan takdir Allah dan setiap orang yang mendustakan takdir Allah, orang yang berkuasa dengan kejam, menghina orang yang dimuliakan oleh Allah A.W.J. dan memuliakan orang yang dihina oleh Allah A.W.J., orang yang meninggalkan sunah ku, orang yang menghalalkan apa-apa yang diharamkan dan sesuatu terhadap keluargaku oleh Allah A.W.J." Diriwayatkan oleh Al-Hakim Ad-Darauqutni, Ad-Dailami dan Al-Khatib dalam kitab Al-Jamek
.

Adapun kufur dalam hal ini bukanlah bererti kufur yang menjadikan seseorang keluar dari agama seperti mereka yang tidak menghukum dengan ketentuan Allah, tetapi ia dibawah kadar kufur itu, begitulah Ibnu Abbas r.a. memberi penjelasan. Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan