Catatan Popular

Jumaat, 13 Mei 2011

Larangan Membenci Ahlul Bait Nabi s.a.w..

Para ulama telah menyebutkan satu hukum yang dikhaskan kepada Ahlul Bait, iaitu, haram membencinya dan siapa yang membencinya akan dimasukkan ke dalam neraka berdasarkan sabda Nabi s.a.w. dalam beberapa hadis berikut:
1. Abdullah Bin Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

يَا بَنِيْ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، إِنِّيْ سَأَلْتُ اللهَ لَكُمْ ثَلاَ ثًا: سَأَلْتُهُ أَنْ يُثَبِّتَ قَائِمَكُمْ، وَأَنْ يُعَلِّمَ جَاهِلَكُمْ، وَيَهْدِيَ ضَالَّكُمْ. فَلَوْ أَنَّ رَجُلاً صَعِدَ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ فَصَلَّى وَصَامَ ثُمَّ مَاتَ وَهُوَ مُبْغِضٌ ِلأَهْلِ مُحَمَّدٍ دَخَلَ النَّارَ
"Wahai Bani Abdul Muttalib, aku telah memohon daripada Allah untukmu tiga perkara; hendaknya Allah menetapkan penegakmu, memberi petunjuk kepada yang sesat dan memberi ilmu kepada yang jahil diantara kamu. Dan aku juga memohon daripadaNya supaya menjadikanmu pemurah, berani, membantu dan penyayang. Seandainya seseorang berdiri di barisan antara rukn dan maqam (menunaikan haji), mengerjakan solat dan berpuasa kemudian menghadap Allah dalam keadaan membenci terhadap Ahlul Bait Muhammad maka pasti ia masuk neraka". Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan berkata hadis ini sahih menurut syarat Muslim tetapi tidak diriwayatkannya dan ditetapkan oleh Az-Zahabi.
2. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ أَبْغَضَ أَهْلَ الْبَيْتِ فَهُوَ مُنَافِقٌ
"Siapa yang membenci kami maka ia munafik". Diriwayatkan oleh Ad-Dailami.
3. Dari Abu Said Al-Khudri r.a. katanya; telah bersabda Rasulullah s.a.w.

وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ لاَيَبْغَضُنَا أَهْلَ الْبَيْتِ أَحَدٌ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ
"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, Ahlul Bait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka", Diriwayatkan oleh Al-Hakim.
Farazdaq berkata,

حُبُّهُمْ دِيْنٌ وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ وَقُرْبُهُمُ مَلْجَا وَمُعْتَصَمُ
'Mencintai mereka adalah sebahagian besar dari ajaran agama, membencinya adalah kufur dan mendekatinya adalah tempat bernaung dan berlindung'.
4. Dari Abu Ibnu Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَحْيَى حَيَاتِيْ وَيَمُوْتَ مَمَاتِيْ وَيَسْكُنَ جَنَّةَ عَدْنٍ غَرَسَهَا رَبِّيْ، فَلْيُوَلِّ عَلِيًّا مِنْ بَعْدِيْ، وَلْيُوَلِّ وَلِيَّهُ، وَلْيَقْتَدِبِأَهْلِ بَيْتِيْ مِنْ بَعْدِيْ، فَإِنَّهُمْ عِتْرَتِيْ، خُلِقُوْا مِنْ طِيْنَتِيْ، وَرُزِقُوْا فَهْمِيْ، وَعِلْمِيْ، فَوَيْلٌ لِلْمُكَذِّبِيْنَ بِفَضْلِهِمْ مِنْ أُمَّتِيْ الْقَاطِعِيْنَ مِنْهُمْ صِلَتِيْ لاَأَنْزَلَهُمُ اللهُ شَفَاعَتِيْ
"Siapa ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku dan menempati syurga Adn yang disediakan oleh tuhanku, maka hendaknya ia menjadikan Ali sebagai pemimpinnya selepasku, menjadikan walinya sebagai pemimpinnya dan mengikuti jejak Ahlil Baitku selepas aku, kerana mereka itu itrahku (anak cucuku), mereka diciptakan dari kejadianKu dan diberi pengertian dan ilmuku, maka Neraka Wail bagi umatku yang mengingkari keutamaan meraka, yang memutuskan hubunganku dengannya dan kelak Allah tidak memberi mereka Syafaatku". Diriwayatkan oleh At-Tabarani dan Ar-Rafi'e.(47).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan