Sekelumit tentang peristiwa Hijrah Rasulullah saw
Cahaya Baru bagi Islam
Yathrib adalah sebuah pekan di padang pasir lebih kurang 250 batu ke Utara Makkah. Di dalam tahun 620 M. enam orang Yathrib menziarahi Makkah untuk haji. Perjumpaan dengan secara kebetulan [tidak dirancang] dengan Muhammad telah membawa mereka bertukar kepada Islam. Mereka memberitahu baginda bahawa mereka telah meninggalkan Yathrib di dalam keadaan yang sangat genting dan peperangan boleh meletus pada bila-bila masa. Tetapi mereka menyatakan harapan mereka supaya Tuhan dapat mengembalikan keamanan kepada kota mereka melalui PesuruhNya. Mereka juga berjanji akan kembali ke Makkah dan berjumpa dengan baginda pada tahun yang akan datang.
Ini adalah permulaan Islam di Yathrib.
Apabila enam Muslim yang baru ini pulang ke Yathrib, mereka bercerita dengan saudara-saudara dan kawan-kawan mereka mengenai Islam, dan mendapati bahawa mereka bersedia, bahkan berminat untuk mendengar. Satu tahun kemudian, apabila musim haji tiba, 12 warga Yathrib termasuk enam orang yang terdahulu, melawat Makkah. Di antara mereka terdapat dua orang wanita. Mereka bertemu dengan Pesuruh Allah di Aqaba. Baginda menerangkan secara ringkas kepada mereka bab agama di dalam Islam. Inilah yang dikatakan perjanjian Pertama Aqaba.
Muslim-muslim ini dengan jujur meyakinkan Rasul Allah bahawa:
Mereka tidak akan menyekutukan apa-apa dengan Allah;
Mereka tidak akan menyembah apa-apa melainkan Allah;
Mereka tidak akan merompak atau mencuri;
Mereka tidak akan membunuh anak-anak perempuan mereka;
Mereka tidak akan menghina orang lain;
Mereka tidak akan merendahkan wanita;
Mereka akan sentiasa jujur dan bersih;
Mereka akan taat kepada Allah dan RasulNya
Dan mereka akan sentiasa setia kepada baginda di sepanjang masa.
Mereka yang baru menerima Islam meminta Rasul Allah menghantar beberapa orang guru bersama mereka ke Yathrib untuk mengajarkan kepada mereka Quran dan juga ajaran mengenai Islam. Baginda menghantar Mas’ab ibn Umayr, salah seorang bapa saudaranya. [Mas’ab adalah sepupu bapanya], bersama kumpulan ini untuk mengembangkan Islam di Yathrib. Misi Mas’ab berjaya, dan ramai keluarga di Yathrib menerima Islam.
Ini adalah kali pertama bahawa Muhammad Mustafa telah memilih seorang pegawai. Professor Margoliouth berkata bahawa Mas’ab ibn Umayr adalah yang pertama seorang pegawai di dalam Islam.
Perjanjian kedua Aqaba
Di dalam tahun 622 M., 75 warga Yathrib datang ke Makkah di dalam musim haji. Rasul bertemu dengan mereka di tempat yang sama di Aqaba di mana baginda telah bertemu kumpulan 12 orang setahun sebelumnya. Kesemua mereka, 75 lelaki dan wanita ini juga telah menerima Islam. Mereka berikan kepada baginda janji setia mereka, dan mempelawa baginda ke Yathrib.
Bapa saudara Rasul, Abbas ibn Abdul Muttalib, ada bersama baginda pada ketika itu. Dia telah dikatakan sebagai berkata kepada ‘tuan rumah’ dari Yathrib: ‘Muhammad telah dipandang mulia oleh kaumnya. Jika kamu akan bersama dengannya di dalam senang dan susah, bawalah dia bersama kamu ke Madinah; jika tidak, maka lupakanlah segala idea tersebut.’
Seorang ketua dari Yathrib, Bera’a ibn Ma’rur. Dia berkata: ‘Apabila kami kanak-kanak, permainan kegemaran kami adalah pedang dan tombak.’ Seorang lagi ketua, Abul Haithum, mencelah dengan berkata: ‘Wahai Pesuruh Allah! Apa akan terjadi, apabila Islam menjadi besar dan kuat? Adakah kamu akan meninggalkan Yathrib dan kembali ke Makkah?’
Muhammad Mustafa tersenyum dan berkata: ‘Tidak, darah kamu adalah darahku, dan darahku adalah darah kamu. Dari hari ini kamu adalah saya dan saya adalah kamu, dan saya tidak akan berpisah kumpulan dengan kamu.’
Muslim Yathrib berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan kepada mereka oleh Muhammad Mustafa, dan mereka pulang ke Yathrib untuk menyebarkan Islam di antara kaum mereka. Islam mula membuahkan kemajuan di Yathrib. Ianya kelihatan seperti agama yang baru ini telah menjumpai syurga di dalam kota tersebut, Rasul menyarankan kepada mangsa penindasan di Makkah untuk berhijrah ke sana. Mengikuti saranan baginda, Muslim mula meninggalkan Makkah, di dalam kumpulan yang kecil, dan untuk tinggal di dalam rumah mereka yang baru di Yathrib.
Perjanjian kedua Aqaba adalah mercu tanda di dalam sejarah Islam. Ianya adalah pangkalan yang mana perahu kecil Islam telah dapat berlabuh akhirnya, setelah dipukul gelombang selama 13 tahun di dalam lautan yang bergelora bersama dengan jahiliah di tanah Arab.
Penghijrahan
Apabila kebanyakan Muslim telah meninggalkan Makkah dan menginap di Yathrib, telah dilihat oleh musyirik bahawa Islam kini bertapak di sebuah wadi ke utara mereka, dan telah boleh berdikari, ini menjadi satu ancaman terhadap kepentingan perdagangan mereka di Syria. Mereka melihat Islam sebagai ‘bencana’ baru yang muncul di utara. Dari itu mereka mengadakan perjumpaan di dewan bandaran, di mana mereka membincangkan cara yang paling berkesan untuk menghapuskan bencana ini. Selepas berdebat, mereka bersetuju dengan sebulat suara, bahawa untuk menghapuskan bencana yang baru ini, adalah dengan menghapuskan pengarangnya – diri Muhammad itu sendiri – ketika baginda masih berada di Makkah. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan lain, seperti siapa yang akan membunuhnya, bagaimana, bila dan di mana? Mereka bincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut, serta mempertimbangkan beberapa pilihan lain yang ada, dan akhirnya memutuskan, sekali lagi dengan sebulat suara, iaitu seorang wira dari setiap kaum dan suku yang tinggal di Makkah dan persekitarannya, akan dipilih; kesemua mereka akan menyerang rumah Muhammad serentak, dan membunuhnya, sebelum fajar pada keesokkan hari. Tindakan bersepadu begini, mereka yakin, akan ‘melemahkan’ Bani Hashim, yang tidak akan mampu untuk memerangi kesemua mereka pada masa yang sama sebagai membalas dendam terhadap pembunuhan Muhammad.
Bagaimana pun Rasul telah bersedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Setelah diberitahu mengenai rancangan Quraish untuk membunuh baginda, oleh seorang yang telah bertukar kepada Muslim secara rahsia, baginda telah memanggil sepupunya yang setia, Ali ibn Abi Talib, memberitahu beliau rancangan Quraish, dan juga rancangan baginda untuk memperdayakan mereka. Rancangan baginda adalah untuk menempatkan Ali di tempat tidurnya, dan kemudian keluar dari rumah pada ketika berpeluang. Quraish yang melihat Ali ditutupi oleh selimut, akan menyangka bahawa Muhammad sedang tidur. Baginda juga meminta Ali untuk memulangkan semua barangan simpanan musyirik yang ada padanya, kembali kepada tuannya, dan kemudian meninggalkan Makkah dan bertemu dengan baginda di Yathrib. Ali faham semuanya, dan Rasul kemudian menyerahkan beliau kepada perlindungan Tuhan.
Muhammad Husayn Haykal: Orang-orang muda yang Quraish sediakan untuk membunuh Muhammad telah mengepung rumah baginda, mereka khuatir baginda dapat melarikan diri. Pada malam penghijrahan, Muhammad memberitahu rancangannya kepada Ali ibn Abi Talib dan meminta beliau menutup badannya dengan selimut baginda yang berwarna hijau, dan tidur dikatilnya. Baginda juga menyuruh beliau tinggal di Makkah sehingga beliau telah pulangkan semua barang berharga yang disimpan dengan Muhammad kepada pemiliknya. (The Life of Muhammad, Cairo, 1935)
Marmaduke Pickthall: Para pembunuh berada di rumah baginda (Muhammad). Baginda berikan selimut baginda kepada Ali, menyuruh beliau baring di atas katilnya supaya sesiapa yang melihat ke dalam akan menyangka bahawa Muhammad yang berada di sana. (Introduction to the Translation of Holy Qur’an, Lahore, 1975)
Musyirik mengepung rumah Muhammad. Mereka melihat ke dalam dan mendapati tubuh badan yang ditutupi selimut, dan berpuas hati bahawa ‘buruan’ mereka masih selamat. Masa yang sesuai untuk Rasul menyelamatkan diri tiba, selepas tengah malam apabila yang berkawal tertidur. Baginda dengan perlahan berjalan melepasi mereka, keluar dari kawasan rumahnya.
Musyirik yang berkawal telah lalai, dan Rasul Allah telah berjaya melepaskan diri dari kawalan mereka!
Ali tidur di tempat tidur Rasul sepanjang malam. Sejurus sebelum fajar, para pembunuh musyirik menyerbu ke dalam rumah dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasul. Tetapi mereka terkejut dan kecewa tidak terkata apabila mereka mengetahui bahawa yang tidur itu adalah Ali bukannya Muhammad. Mereka menangkap Ali untuk disoalsiasat dan mungkin juga untuk diseksa. Tetapi kapten mereka memberitahu bahawa Muhammad belum jauh melarikan diri, dan mungkin mereka masih punya masa untuk menangkap baginda, jika mereka tidak membuang masa yang berharga menyoal Ali, yang kemudiannya telah dilepaskan. Peristiwa ini diraikan di dalam sejarah Islam sebagai Hijrah.
M. Shibli, seorang ahli sejarah India yang terkenal, menulis di dalam biografi Rasul Allah: ...musyirik Makkah benci kepada Muhammad, tetapi mereka percaya kepadanya. Sesiapa yang mempunyai barang berharga, mereka membawa dan menyimpannya kepada Muhammad. Baginda adalah ‘bank’ mereka. Baginda tahu mengenai rancangan Quraish untuk membunuhnya. Baginda memanggil Ali dan berkata: "Allah telah memerintahkan saya supaya pergi ke Yathrib. Kamu tidurlah dikatil saya dan esok pulangkan semua simpanan orang Makkah kepada pemiliknya." Situasi ini mempunyai bahaya yang besar. Ali juga tahu bahawa Quraish telah memutuskan untuk membunuh Rasul Allah pada malam itu, dan untuk tidur dikatil baginda adalah seperti menempah maut. Tetapi bilakah Ali pernah takut kepada mati? Penakluk Khybar ini telah tidur di tempat maut dengan lenyaknya seperti yang beliau belum pernah rasakan sebelum ini di sepanjang hidupnya. (Life of the Apostle of God, Azamgarh, India, 1976)
Rasul tidak punya masa untuk menerangkan kepada Ali secara khusus, berapa banyak yang ada di dalam simpanannya, dan kepada siapa harus dipulangkan. Mencukupi untuk baginda memberitahu Ali supaya memulangkan segala simpanan kepada pemiliknya, dan beliau dapat melakukan. Sama seperti jamuan Dhul-'Asheera, apa yang Rasul perlu lakukan hanya meminta Ali mengundang ketua-ketua suku kaum dari Bani Hashim. Tidak ada arahan khusus yang perlu. Ali terus faham apa yang ketuanya perlukan dari beliau. Dengan diamanahkan untuk mengembalikan simpanan orang Makkah kepada pemiliknya, adalah bukti bahawa Ali dipercayai dan ‘setiausaha sulit’ kepada Rasul Islam walaupun sebelum penghijrahan ke Yathrib.
Jika hijrah menunjukkan ketaatan Ali yang tidak berbelah bagi kepada ketuanya, Muhammad, ianya juga telah memaparkan keberanian beliau. Musuh yang berkawal mungkin telah membunuh beliau kerana mempercayai bahawa beliau adalah Muhammad atau setelah mengetahui bahawa beliau bukan Muhammad telah membunuh beliau disebabkan oleh rasa kecewa dan marah. Beliau faham semuanya, tetapi buat diri beliau tidak ada cabaran yang lebih besar, jika beliau dapat menyelamatkan diri Rasul Tuhan. Di atas ketaatan dan keberanian inilah beliau telah memenangi wahyu di dalam Al-Qur’an al-Majid. Qur’an telah memberikan penghormatan terhadap ketaatan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dimalam hijrah seperti berikut:
Dan di antara manusia terdapat seorang yang menjual nyawanya untuk memenangi keridhaan Allah. Allah amat pengasih kepada hambaNya. (Surah 2; ayat 207)
Razi, pengulas Qur’an yang terkenal, berkata di dalam bukunya Tafsir Kabir (vol. II, ms 189) bahawa ayat ini telah diwahyukan sebagai penghargaan terhadap khidmat Ali yang cemerlang pada malam penghijrahan, apabila beliau membolehkan untuk Muhammad, Rasul Allah, meninggalkan Makkah. Disebabkan oleh Ali, baginda dapat berhijrah dengan selamat.
Pada malam yang bersejarah itu, perdagangan yang misteri dan aneh telah berlaku, yang pertama dan terakhir seumpamanya di dalam seluruh sejarah manusia. Ia adalah jual-beli di antara Allah dengan seorang dari hambaNya. HambaNya itu adalah Ali ibn Abi Talib.
Pada malam yang gelap, hening lagi sepi, Allah telah datang ke ‘pasar’ sebagai ‘pembeli’. Dia datang untuk membeli ‘komoditi’ tertentu. HambaNya Ali datang ke ‘pasar’ sebagai ‘pedagang’. Misinya: untuk menjual ‘komoditi’ yang Allah cari. ‘Komoditi’ itu adalah nyawanya!
Allah, ‘pembeli’ melihat kualiti ‘komoditi’ dan mendapatinya yang terbaik. Dia lalu memutuskan untuk membelinya diketika itu juga. Dia membayar ‘harganya’ kepada ‘pedagang’ dan ‘komoditi’ itu berpindah tangan, sama seperti perniagaan yang lain. Semenjak dari saat itu ‘komoditi’ – nyawa Ali – bukan lagi miliknya, dan telah menjadi harta Allah yang khusus. Penjualan dan pembelian di antara Tuan dan hamba telah selesai, dan telah memuaskan kedua-dua pihak.
Terdapat juga ‘saksi’ di dalam urusan ini. Iaitu para malaikat dan bintang – terlalu banyak – yang melihat dari tempat kedudukan mereka. Dengan rasa kagum dan hormat melihat Ali menjual nyawanya kepada Allah. Al-Qur’an al-Majid menjadi "jurucakap" kepada manusia yang dibumi, dan merakamkan apa yang mereka para saksi, lihat pada malam yang bersejarah.
‘Rekod’ urusan ini, seperti yang tersimpan di dalam Qur’an, ada bersama kita sekarang, dan ianya tidak akan musnah. Ia akan kekal di dunia ini selagi malaikat dan bintang-bintang yang menyaksikan urusan kekal dilangit!
Ali telah menjualkan "barangan" itu kepada Allah. Sekarang beliau bebas dari "kerisauan" terhadap keselamatan ‘barangan’ tersebut, beliau dapat tidur dengan lena – dikatil Muhammad Mustafa, Rasul Allah. Pada ‘Malam yang ditentukan’ itu beliau tidur untuk tidur yang abadi. Pada paginya, apabila beliau terjaga, atau apabila beliau dikejutkan oleh bisingnya bunyi tombak dan pedang para pembunuh yang dihantar oleh Quraish, untuk membunuh Muhammad, beliau telah menjadi abadi! [keimanan kepada Allah sepenuhnya. Nyawanya telah dibeli. Pent.]
Dari semua hambanya, Allah memilih Ali untuk melaksanakan rancanganNya. Rancangan itu adalah untuk melindungi RasulNya dari para musuh. Quraish telah merancang untuk menghancurkan Islam. Mereka yakin jika mereka dapat bunuh Muhammad, Islam akan hancur. Maka mereka merancang dan berkonpirasi untuk membunuh Muhammad. Tetapi mereka tidak tahu bahawa Allah mempunyai rancangan tindak balasNya untuk situasi begini. Rancangan tindak balas Allah yang akan menamatkan rancangan Quraish dengan menyelamatkan nyawa RasulNya. Rujukan Qur’an terhadap rancangan tindak balas Allah terdapat di dalam ayat yang berikut:
Dan (yang kafir) berkomplot dan merancang, dan Allah merancang juga, perancang yang terbaik adalah Allah. (Surah 3; ayat 54)
Ali ibn Abi Talib adalah "alat terpenting" di dalam rancangan tindak balas Allah. Peranan Ali menjaminkan kejayaan bagi hijrah Muhammad, dan hanya dengan kejayaan hijrah sahaja yang boleh melahirkan sebuah negara Madinah. Jika hijrah telah gagal, negara Madinah tidak akan wujud. Negeri Madinah adalah perkakasan pertama dan terakhir bagi kerajaan langit dimuka bumi. Allah menjadikan hambaNya, Ali ibn Abi Talib, alat yang melaluinya Dia meletakkan kerajaan itu di dunia.
Apabila Muhammad telah keluar dari kawasan rumah, baginda pergi ke rumah Abu Bakar, dan memberitahu dia bahawa Tuhan telah memerintahkannya untuk meninggalkan Makkah pada malam yang sama. Oleh kerana mereka tidak punya masa untuk dibuang, mereka terus sahaja meninggalkan kota, dan pergi kesebuah gua yang dipanggil Thaur, yang berada diselatan Makkah. Mereka sampai ke gua dan masuk ke dalamnya ketika hari masih lagi gelap.
Mereka sedang bersembunyi di dalam gua, apabila beberapa jam kemudian, para pembunuh juga sampai ke situ, di dalam mengejar mereka. Menurut dari tradisi, labah-labah telah membuat sarang melintasi pintu masuk gua, dan burung telah bertelur padanya. Para pembunuh berhujah bahawa jika sesiapa memasuki gua, sarang labah-labah dan telur akan pecah, dan oleh kerana ianya di dalam keadaan baik maka tiada siapa yang memasukinya. Ini telah meyakinkan mereka bahawa tidak ada pelarian di dalam gua itu, lalu mereka kembali ke Makkah.
Ketika para pembunuh itu berbalah, untuk masuk atau tidak ke dalam gua dan menangkap pelarian yang bersembunyi di dalamnya, Abu Bakar telah dirasuk oleh ketakutan, dan dia berkata kepada Rasul: "Kita hanya berdua dan musuh kita ramai. Apakah peluang kita untuk selamat jika mereka masuk ke dalam gua?" Muhammad berkata: "Tidak. Kita bukan berdua. Ada yang ketiga bersama kita, dan Dia adalah Allah." Peristiwa ini telah dirujuk di dalam Al-Qur’an al-Majid seperti berikut:
Dan Allah membantu RasulNya apabila musyirik mengusir baginda. Dan apabila mereka di dalam gua, baginda berkata kepada yang kedua: "janganlah bersusah hati. Tuhan bersama kita." Dan Tuhan berikan keamanan ke atasnya (atas RasulNya) (Surah 9; ayat 40)
Rasul dan Abu Bakar menghabiskan masa tiga hari di dalam gua. Di Makkah pada masa itu, keinginan untuk menangkap Rasul telah pudar. Pada hari keempat, Abdullah anak lelaki Abu Bakar, membawa dua ekor unta untuk mereka. Abu Bakar berikan seekor kepada Rasul tetapi baginda menolak pemberian itu, dan membayar harganya sebelum unta ditunggang. Baginda dan Abu Bakar menunggang unta dan menyusur melalui pinggir Makkah keutara dan timur, mereka jalan ke arah Yathrib di Utara.
Muhammad ibn Ishaq: Apabila Abu Bakar membawa dua ekor unta kepada Rasul, dia menawarkan yang terbaik kepada baginda dan mempelawa baginda untuk menunggangnya. Tetapi Rasul menolak untuk menunggang binatang yang bukan kepunyaannya, dan apabila Abu Bakar hendak memberinya, baginda berkeras untuk mengetahui berapakah harganya yang baginda harus bayar, dan membelinya dari dia. (Life of the Messenger of God)
Kedua pengembara mengharungi jarak di antara Makkah dan Yathrib dalam masa sembilan hari, dan pada hari kesepuluh mereka tida di Quba, suatu tempat dua batu ke selatan Yathrib di mana mereka tinggal di rumah Kulthum bin Hind, sebagai tetamu. Rasul membuat keputusan untuk menunggu ketibaan Ali dari Makkah sebelum memasuki Yathrib. Dalam masa itu baginda meletakkan tapak untuk masjid Quba. Ianya hanya sekadar struktur yang kasar dan disiapkan dalam masa empat belas hari.
Rasul Allah tiba di Quba pada hari Isnin. Pada Hari Khamis Ali pula tiba. Beliau telah pulangkan wang tunai, barang kemas, dokumen dan barangan lain kepada pemiliknya orang Makkah. Ketuanya bergembira melihat beliau, dan bersyukur kepada Tuhan yang telah mengeluarkannya dengan selamat dari Makkah.
Muhammad ibn Ishaq: Ali tinggal di Makkah selama tiga hari dan tiga malam sehinggalah beliau telah memulangkan segala simpanan yang ada pada Rasul. Setelah selesai, beliau pergi untuk bersama dengan baginda dan tinggal bersama dengan baginda di rumah Kulthum.(The Life of the Messenger of God)
S. Margoliouth: Pada hari Isnin 8hb Rabi-I tahun 1 H., bersamaan September 20 tahun 622 M., Rasul tiba di Kuba, sekarang ini tempat yang baik untuk pertanian. Layanan yang baik telah diberikan oleh seorang tua yang telah memeluk Islam, Kulthum anak kepada Hind, nama bagi "kejayaan" dilihat oleh Rasul sebagai petanda yang baik (Isabah, iii, 1138). Baginda telah menerima tawarannya, walaupun jika untuk bertandang, rumah seorang lagi yang memeluk Islam di dapati lebih menyenangkan. Di Kuba, Rasul berhasrat untuk tinggal di situ sehingga Ali dapat bersama baginda, kebetulan itu terjadi pada hari khamis; bersama beliau adalah Suhaib ibn Sinan, yang telah dipaksa oleh Quraiysh untuk menyerahkan semua simpanannya. Pada hari Jumaat, Rasul menunggang dari Kuba menuju Yathrib, dan telah dikatakan melaksanakan solat di Wadi Ra'unah.(Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)
Laluan telah dipenuhi oleh warga Yathrib yang ramai, dan telah memakai pakaian terbaik untuk bertemasya. Wanita dan kanak-kanak menyanyikan lagu selamat datang dari atas bumbung rumah mereka. Ini adalah satu pandangan yang amat sukar untuk dibayangkan di dalam khayalan. Muhammad, Rasul Allah telah tergerak hatinya dengan sambutan yang sedemikian.
Setiap warga Arab Yathrib bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Rasul Islam yang sedang memasuki kota sebagai tetamu. Tetapi dengan hasrat untuk tidak mengecewakan walaupun warga yang terendah, baginda melepaskan tali kekang unta betinanya, dan menyatakan bahawa baginda akan tinggal di mana sahaja untanya berhenti. Unta itu berjalan melepasi banyak rumah, dan kemudian berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub, yang mana dia berbangga dapat menjadi tuan rumah kepada Rasul Tuhan. Abu Ayyub adalah warga Yathrib yang terkenal, dan tergolong di dalam Bani Najjar. Kedua-duanya Aminah, ibu kepada Rasul, dan ibu kepada datuknya, Abdul Muttalib, tergolong di dalam kaum ini.
Tahun Pertama Hijrah
Menurut dari penyiasatan Mahmud Pasha al-Falaki dari Mesir, hari apabila Muhammad Mustafa, Rasul Allah, sampai di Quba adalah Isnin, 8hb Rabi-I tahun ke 13 dari pengistiharannya, tarikh yang bersamaan dengan September 20, 622 M.
Pada hari Jumaat berikutnya, 12hb Rabi-I (September 24), Rasul Allah meninggalkan Quba, dan memasuki Yathrib. Baginda menginap di rumah Abu Ayyub, seperti yang telah dinyatakan.
Pembinaan Masjid di Yathrib
Yang pertama Muhammad Mustafa [s.a.w], lakukan setibanya di Yathrib, adalah membina Masjid untuk menyembah Allah. Di hadapan rumah Abu Ayyub terdapat tanah lapang kepunyaan dua orang anak yatim. Rasul memanggil mereka dan penjaganya, dan memberitahu mereka bahawa baginda hendak membeli tanah tersebut. Mereka memberitahu baginda bahawa mereka merasa senang hati untuk menghadiahkan kepada baginda. Tetapi baginda menolaknya sebagai hadiah, dan berkeras untuk membayar harga tanah tersebut. Mereka akhirnya bersetuju untuk menerima bayaran untuk tanah tersebut. Bayaran telah dibuat dan pecah tanah terus dimulakan.
Menerangkan sebab mengapa Rasul Allah tidak menerima tanah tersebut sebagai hadiah, M. Abul Kalam Azad berkata di dalam bukunya, Rasul-e-Rahmet (Rasul Rahmat), (Lahore, Pakistan, 1970):
Rasul tidak mahu membuat seseorang seperti terpaksa. Siapakah yang boleh mengatakan dirinya lebih taat kepada baginda dari Abu Bakar? Dan baginda sendiri berkata bahawa baginda lebih berterima kasih kepada Abu Bakar untuk sokongan moral dan kebendaan dari yang lainnya. Dan bahkan, apabila Abu Bakar berhasrat untuk memberikan untanya sebagai hadiah pada petang pemergian mereka dari Makkah ke Yathrib, baginda tidak menerimanya, sehinggalah baginda membayar harganya kepada Abu Bakar. Begitu juga di Yathrib, apabila baginda berhasrat untuk membeli tanah untuk mendirikan masjid, tuan punya menawarkan kepada baginda sebagai hadiah. Tetapi baginda menolak untuk menerima sebagai hadiah. Tanah itu diterima apabila tuannya bersetuju untuk menerima bayaran harga tanah dari baginda.
Masjid Yathrib adalah yang paling mudah dari segi reka bentuknya. Bahan yang digunakan untuk pembinaannya adalah batu yang tidak di bakar dan motar sebagai dinding, pelepah kurma sebagai atap dan disokong oleh batang dari pokok palma. Kiblat masjid menghadap ke arah Jerusalem di Utara. Setiap satu dari tiga penjuru ditebuk sebagai pintu. Lantai masjid tidak punya penutup pada mulanya, tidak juga tikar yang kasar. Dua pondok telah dibina pada dinding di sebelah luar, satu untuk Sauda anak perempuan Zama'a; dan satu lagi untuk Aisyah, anak perempuan Abu Bakar, dua isteri Rasul pada ketika itu. Pondok baru didirikan untuk isteri yang baru, apabila mereka datang ditahun-tahun kemudiannya. Inilah kali pertama Muslim berkerja sebagai satu pasukan di dalam projek komuniti [kemasyarakatan]. Di tahun yang akan datang kumpulan ini akan membina edifice [bangunan] Islam yang teragung.
Kehadiran Rasul Allah telah mendorong setiap para sahabat untuk bersaing di antara mereka untuk melakukan yang terbaik. Di antara para sahabat itu Ammar ibn Yasir, yang menurut Ibn Ishaq, adalah orang pertama di dalam Islam yang mendirikan masjid. Ibn Ishaq, tidak menyatakan masjid yang mana Ammar telah dirikan. Tetapai Dr. Taha Husain dari Mesir berkata bahawa Ammar telah membina sebuah masjid di Makkah dan beliau bersolat di dalamnya, lama sebelum beliau berhijrah ke Yathrib.
Ketika masjid sedang dibina satu peristiwa berlaku yang mana Ibn Ishaq telah merakamkannya seperti berikut: "Ammar b. Yasir masuk apabila mereka telah membebani beliau dengan batu-bata sambil berkata, "Mereka membunuh saya. Mereka membebankan saya dengan beban yang mereka sendiri tidak dapat memikulnya." Umm Salama, isteri Rasul berkata: "Saya melihat Rasul mengusap rambut Ammar – yang berambut kerinting dan berkata – "Duhai, Ibn Sumayyah! Bukan mereka yang membunuh kamu, tetapi sekumpulan manusia yang jahat." (Ramalan ini telah dikatakan terjadi apabila Ammar telah terbunuh di Siffin – Suhayli, ii, p.3)
Ali mengubah rangkap rajaz [umpama syair] pada hari itu (apabila masjid sedang dibina):
Terdapat seorang yang berkerja malam dan siang
Untuk mendirikan masjid dari batu dan lumpur
Terdapat seorang dari debu berpaling
Dan dengan cepat larinya
Ammar menghafal dan mula mengalunkannya.
Apabila beliau berterusan memperdengarkannya, seorang dari sahabat Rasul menyangka bahawa dirinya yang telah diperkatakan, menurut dari apa yang Ziyad b. Abdullah al-Bakkai memberitahu saya dari Ibn Ishaq. Sebenarnya Ibn Ishaq menyebutkan nama orang tersebut.
Dia berkata: "Saya telah dengar apa yang kamu telah katakan untuk sekian lama, wahai Ibn Sumayyah, dan demi Allah saya fikir saya akan memukul hidung kamu!" Dia mempunyai kayu di tangannya, dan Rasul telah menjadi marah dan berkata: "Apa masalahnya di antara mereka dan Ammar? Beliau mengajak mereka kesyurga dan mereka mengajak beliau ke neraka. Saya menyayangi Ammar seperti muka saya. Jika sesiapa berkelakuan begini dia tidak akan diampunkan, maka jauhilah dia."
Sufyan b. Uyana menyebut dari penyampaian Zakariya dari al-Shabi bahawa orang pertama untuk mendirikan masjid adalah Ammar bin Yasir.
(Suhayli berkata: Ibn Ishaq ada menyebut nama orang itu, tetapi Ibn Hisham mengutamakan untuk tidak menyebutnya, dengan itu tidak perlulah menyebutkan nama sahabat Rasul di dalam situasi yang buruk. Maka tidaklah dibolehkan untuk bertanya siapakah mereka. Abu Dharr berkata: Ibn Ishaq ada menamakan orang itu dan berkata, "Orang itu adalah Uthman b. Affan." Penyunting Cairo berkata di dalam Mawahib al-Laduniya, al-Qastallani, d. 1517 M., bahawa orang itu adalah Uthman b. Mazun. Penulis yang terakhir ini bolehlah diketepikan dalam perkara ini.) "
Ditapak pembinaan masjid, seseorang dapat menyaksikan pandangan yang menyentuh jiwa dengan cerita di hari-hari pertama Islam Muhammad Mustafa, Rasul Allah, membuangkan debu dengan tangan baginda dari kepala dan muka Ammar ibn Yasar. Baginda tidak memberikan penghormatan sedemikian pada sahabat yang lain dengan tanda rasa kasih, sayang dan belaian.
Apabila Rasul menegur sahabat sahabatnya kerana bergaduh dengan Ammar, dan baginda berkata bahawa beliau [Ammar] mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajak beliau ke neraka, baginda mungkin menerangkan ayat 41 dari Surah 40 (Sura-tul-Mumin) di dalam Qur’an yang bererti seperti berikut:
‘Dan wahai kaumku! Betapa anehnya kerana saya memanggil kamu kepada keselamatan sedang kamu memanggil saya kepada neraka.’
Mengulas ayat ini, Abdullah Yusuf Ali, pentejermah Al-Qur’an al-Majid, berkata:
Boleh dikatakan aneh menurut undang-undang dunia ini bahawa baginda mencarikan kebaikan untuk mereka sedang mereka mencarikan untuk kemelaratnya; tetapi itu adalah kemuliaan iman.
Sahabat yang bergaduh dengan Ammar ibn Yasir apabila masjid Yathrib sedang dibina adalah Uthman b. Affan, seorang dari khalifah Muslim yang akan datang. Dia selalu merungut apabila berkerja di dalam debu dan lumpur, yang menjadikan pakaiannya kotor. Apabila Rasul Allah menunjukkan kemarahannya, dia terpaksa berdiam diri, tetapi peristiwa ini membeku di dalam hatinya, dan dia tidak pernah lupa. Beberapa tahun kemudian apabila dia menjadi khalifah, dan mempunyai kuasa di dalam tangannya, dia memerintahkan hambanya untuk menjatuhkan Ammar ibn Yasir dan memukul beliau orang yang disayangi oleh Muhammad Mustafa, Rasul Allah, seperti mukanya sendiri.
Kenyataan bahawa bukannya Uthman bin Affan tetapi Uthman bin Mazun atau orang lain; yang dengan mengancam Ammar ibn Yasir, telah menimbulkan kemarahan Rasul Allah, adalah percubaan untuk membuat pembersihan oleh ahli sejarah ‘istana’ yang kemudian.
Pada ketika ini, Ammar ibn Yasir telah menikmati empat kecemerlangan yang mana telah membuatnya dicemburui oleh para sahabat Muhammad, Rasul Allah, yang lain.
Kecemerlangan itu adalah:
Beliau dari Keluarga Muslim yang Pertama.
Beliau adalah anak kepada Syahid pertama dan kedua di dalam Islam. Ibu Beliau, Sumayyah, adalah syahid pertama, dan bapa beliau, Yasir, adalah syahid kedua. Ini adalah penghormatan yang tidak diperolehi oleh mana-mana sahabat Muhammad Mustafa.
Beliau yang pertama mendirikan masjid.
Beliau yang dikasihi oleh Muhammad Mustafa, Rasul Allah.
Semoga Allah merahmati Ammar ibn Yasir dan kedua ibu bapanya.
Azan dan Solat
Adalah wajib bagi Muslim untuk mendirikan solat lima kali sehari. Mereka hendaklah memberhentikan kerja-kerja harian mereka seketika untuk melaksanakan tugas ini. Tetapi tidak ada cara untuk memberitahu mereka bahawa waktu solat telah masuk.
Menurut tradisi Sunni, seorang sahabat menyarankan kepada Rasul supaya trumpet ditiup atau loceng dibunyikan untuk memberitahu Muslim pada setiap waktu solat. Baginda tidak menerima saranan ini, kerana baginda tidak mahu menggunakan kaedah yang digunakan oleh Yahudi dan Nasrani.
Abdullah bin Ziyad adalah seorang warga Yathrib. Beliau datang berjumpa Rasul dan berkata bahawa ketika dia separuh tidur dan separuh jaga, seorang lelaki menjelma di hadapan beliau dan memberitahunya bahawa suara manusia hendaklah digunakan untuk memanggil yang beriman bersolat; dan orang itu juga mengajarkan azan, dan cara untuk menyebutnya.
Ahli sejarah Sunni mengatakan bahawa Rasul telah tertarik pada pendapat itu, dan terus menerimanya. Baginda kemudian memanggil Bilal, dan mengajarnya bagaimana untuk menyerukan azan, dan melantik beliau sebagai Muezzin yang pertama di dalam Islam.
Cerita ini ditolak oleh Muslim Syi’ah. Mereka katakan, sebagaimana Al-Qur’an al-Majid telah diwahyukan kepada Muhammad Mustafa, begitu jugalah dengan Adhan. Mereka menegaskan bahawa cara menyeru mereka yang beriman untuk solat tidak boleh dibiarkan kepada mimpi atau khayalan sesetengah Arab. Mereka menambah lagi bahawa jika Rasul boleh mengajarkan kepada manusia bagaimana untuk melakukan wudu’, dan bagaimana, bila dan apa yang hendak dibaca di dalam setiap solat, maka baginda juga boleh mengajar mereka bagaimana dan bila untuk memberitahu yang lain bahawa telah tibanya waktu untuk setiap solat.
Menurut dari tradisi Syi’ah, malaikat yang mengajar Rasul Allah bagaimana untuk melakukan wudu’, dan apa yang perlu dibaca di dalam solat, juga telah mengajarkan kepada baginda bagaimana untuk menyeru kepada mereka untuk bersolat.
Yathrib menjadi Madinah
Nama "Yathrib" tidak lama lagi akan lenyap. Manusia mula memanggilnya “Madinah-tun-Nabi,” Kota Rasul. Lama kelamaan cara penggunaannya menjadi singkat dan kini menjadi sebagai “Madinah”, "Kota," dan itulah nama kota Nabi tinggal kekal ke hari ini.
Kumpulan [Kaum] di Madinah
Apabila Rasul dan pedatang dari Makkah tiba di Yathrib [kini Madinah], mereka dapati tiga kaum Yahudi terdapat di sana iaitu, Quainuqa, Nadhir dan Qurayza, dan dua kaum Arab iaitu, Aus dan Khazraj, yang hidup di dalam kota.
E. A. Belyaev: Peduduk asal Madinah terdiri dari tiga kaum Yahudi, Quainuqa, Quraiza dan Nadhir; dan dua kaum Arab, Aus dan Khazraj. (Arabs, Islam and the Arab Caliphate in the Early Middle Ages. 1969)
Kaum Yahudi adalah petani, peniaga, pedagang, peminjam wang, tuan tanah dan pengusaha industri. Mereka telah menjadi kaya melalui amalan riba dan mereka juga menguasai industri persenjataan di Arab.
Dua kaum Arab di Madinah, Aus dan Khazraj, mereka hidup dengan bertani. Sebelum kedatangan Rasul, mereka berdua saling terikat dengan peperangan yang berpanjangan selama lima generasi. Peperangan mereka yang terakhir baru empat bulan berlalu iaitu dalam tahun 618 M., dan itu telah menjadikan mereka rebah dan keletihan.
Terdapat juga sebilangan kecil kristian yang tinggal di Makkah. Mereka tidak berbaik-baik dengan Rasul Islam kerana baginda menyangkal ajaran Triniti [tiga dalam satu], dan mengajarkan ke Esaan yang Menjadikan.
Kumpulan yang keempat yang akan timbul di Madinah kemudian, adalah golongan ‘hipokrit’ dan yang ‘derhaka’ Semasa misi Rasul di Makkah, terdapat ramai Muslim yang terpaksa menyembunyikan keimanan mereka kerana takut akan diseksa. Di Madinah, keadaannya bertentangan. Manusia ini [si hipokrit] jumlah mereka sedikit, mereka menzahirkan keIslaman mereka sedang diri mereka tidak ikhlas. Merekalah punca utama bagi kemusnahan, pengkhianatan dan pemberontakan.
Sistem Pemerintahan Madinah [Piagam]
Warga Yathrib mengakui Muhammad sebagai ketua, dan baginda memberi mereka ‘piagam’ yang dipercayai sebagai dokumen pertama yang ditulis oleh Islam [selain dari Qur’an]. Piagam yang asal seperti yang disimpan oleh Ibn Ishaq, mengandungi empat puluh tujuh (47) fasal. Berikut adalah yang paling mustahak daripadanya:
* Semua perselisihan di antara dua parti di Yathrib hendaklah dirujuk kepada Muhammad, untuk baginda selesaikan.
* Muslim dan Yahudi dapat menikmati hak yang sama.
* Setiap kumpulan di Yathrib hendaklah mengikuti kepercayaan mereka, dan tidak ada kumpulan lain yang boleh mencampuri urusan kumpulan yang lain.
* Di dalam kejadian serangan dari luar ke atas Yathrib, kedua-dua kumpulan iaitu Muslim dan Yahudi hendaklah mempertahankan kota.
* Kedua-dua kumpulan hendaklah menahan dari menumpahkan darah di dalam kota.
* Muslim tidak boleh berperang dengan Muslim lain, disebabkan kerana yang bukan Muslim.
R. V. C. Bodley: Muhammad membuat satu piagam dengan Yahudi, di mana di antara lainnya, adalah dinyatakan bahawa Yahudi dan Muslim hendaklah saling membantu di dalam semua perkara berkaitan dengan kota. Mereka hendaklah menjadi sekutu terhadap musuh yang sama, dan ini tanpa sebarang syarat adalah kewajipan bersama terhadap Islam atau Yahudi. Fasal utama piagam ini adalah seperti berikut: Yahudi yang menjadikan dirinya di dalam ke satuan kami akan mendapat hak yang sama dengan orang-orang kami dengan pertolongan dan kedudukan. Yahudi dari beberapa cabang yang lain yang tinggal di Yathrib hendaklah bersatu dengan Muslim sebagai satu masyarakat. Mereka boleh mengamalkan agama mereka dengan bebas sama seperti Muslim. Hamba yang bebas dan sekutu Yahudi sama-sama dapat menikmati keselamatan dan kebebasan. (The Messenger, the Life of Mohammed, New York, 1946)
Muhajirin dan Ansar
Muhammad menukar nama dua kumpulan Muslim yang hidup di Madinah. Baginda memanggil pendatang dari Makkah "Muhajirin" (pendatang); dan baginda memanggil warga Yathrib yang telah menyambut mereka, "Ansar" (penyokong). Kedua kumpulan ini telah dikenali dengan nama ini sehingga kini.
Keadaan Ekonomi di Madinah
Kekayaan Madinah boleh dikatakan kesemuanya tertumpu di tangan kaum Yahudi. Arab (kini Ansar) hidup dalam kemiskinan dan mengemis. Satu sebab mengapa mereka begitu miskin adalah kerana faedah yang tinggi mereka perlu bayar kepada Yahudi pada setiap pinjaman mereka.
D. S. Margoliouth: Walaupun kita dengar nama satu atau dua orang Yathrib yang kaya tetapi ramai di antara mereka adalah miskin. Di Yathrib, di masa Rasul, hanya terdapat satu pakaian pengantin; barang perhiasan perlu dipinjam dari orang Yahudi. Kemiskinan ini mungkin disebabkan oleh peminjam wang Yahudi. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)
Tetapi jika Ansar miskin, Muhajirin adalah papa. Di dalam melarikan diri dari Makkah, mereka telah meninggalkan segala yang mereka miliki, dan apabila mereka datang ke Yathrib mencari perlindungan, mereka tidak punya wang. Sekejap sahaja situasi menjadi buruk. Mereka perlu membuat sesuatu untuk mencari nafkah. Oleh kerana tidak terdapat apa-apa melainkan pertanian, yang terbaik mereka dapat lakukan adalah menjadi buruh diladang Yahudi dan Ansar.
D. S. Margoliouth: Pada mulanya telah diatur bahawa Pendatang hendaklah membantu Penolong [Ansar] di dalam kerja-kerja ladang mereka; tetapi oleh kerana tiada pengalaman dengan kerja-kerja perladangan, mereka hanya mendapat melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran, maka sebahagiannya memotong kayu dan mengangkat air, sebahagian diambil berkerja menyiram pokok, membawa kulit binatang di belakang mereka; dan Ali pada satu ketika mendapat upah enam belas kurma kerana mengisi air ke dalam bekas dan menuangnya ke dalam tuangan untuk membuat batu-bata pada kadar satu kurma bagi setiap satu bekas, ini tidak cukup untuk dijadikan sajian, namun begitu beliau berkongsi juga dengan Rasul. (Mohammed and the Rise of Islam, London, 1931)
Untuk menyesuaikan Muhajirin ke dalam kehidupan ekonomi Madinah adalah suatu masalah yang sungguh rumit, dan ia telah mengambil segala ketajaman fikiran Rasul. Baginda tidak mahu mana-mana ahli di dalam masyarakat Muslim, jauh sekali semua Muhajirin, menjadi beban kepada sesiapa, dan telah melakukan apa sahaja untuk mengurangkan pergantungan ke atas Ansar.
Persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar
Salah satu langkah dari usaha Rasul untuk memperbaiki Muhajirin yang terlantar di Madinah, dan untuk menyatukan mereka ke dalam kehidupan sosial dan ekonomi kota, adalah untuk menjadikan mereka ‘saudara’ kepada Ansar. Beberapa bulan setelah baginda sampai di Madinah, baginda memberitahu Muhajirin dan Ansar bahawa mereka hendaklah hidup seperti ‘saudara’ di antara mereka, dan gabongkan mereka seperti berikut:
Muhajirin saudara kepada Ansari
Ammar ibn Yasir " Hudhayfa al-Yamani
Abu Bakar Siddiq " Kharja bin Zayd
Umar bin al-Khattab " Utban bin Malik
Uthman bin Affan " Aus bin Thabit
Abu Dharr al-Ghiffari " Al-Mundhir b. Amr
Mas'ab ibn Umayr " Abu Ayyub
Abu Ubaidah Aamer al-Jarrah " Saad ibn Maadh
Zubayr ibn al-Awwam " Salama bin Waqsh
Abdur Rahman bin Auf " Saad ibn Rabi
Talha bin Ubaidullah " Ka'ab ibn Malik
Ali ibn Abi Talib sahaja yang ditinggalkan tanpa ada saudara. Beliau tertanya-tanya mengapa, apabila Rasul Allah memeluknya dan berkata: "Kamu adalah saudara aku di dunia ini dan juga di akhirat."
Muhammad ibn Ishaq: Rasul sendiri mengambil tangan Ali dan berkata: "Ini adalah saudara saya." Maka Rasul Allah, yang dihantar Tuhan, ketua yang takut kepada Allah, Rasul Allah kepada sekelian alam, yang utama dan tidak ada bandingannya, dan Ali ibn Abi Talib adalah saudara. (The Life of the Messenger of God)
Edward Gibbon: Setelah menghabiskan perjalanan yang merbahaya dan pantas di sepanjang persisiran pantai, Muhammad berhenti di Koba, dua batu dari kota, dan masuk ke Madinah secara terbuka, enam belas hari selepas baginda lari meninggalkan Makkah. Pengikutnya telah berkumpul di sekeliling baginda; dan orang ramai, walaupun mempunyai berbagai kedudukan telah dikenali sebagai Muhajirin dan Ansar, pendatang dari Makkah, penyokong dari Madinah. Untuk menghapuskan perasaan cemburu, Muhammad mempersaudarakan pengikutnya yang utama dengan hak dan tanggungjawab persaudaraan, apabila Ali mendapati dirinya tidak mempunyai pasangan, Rasul dengan penuh kasih sayang mengatakan bahawa baginda akan menjadi sahabat dan saudara kepada remaja yang terhormat ini. (The Decline and Fall of the Roman Empire)
Muhammad Husayn Haykal: Fikiran pertama yang terlintas kepada baginda (Muhammad) adalah untuk menyusun semula kedudukan Muslim supaya dapat mengukuhkan persatuan mereka dan menghapuskan apa juga kemungkinan yang akan memecahkan dan memulakan permusuhan. Dengan kesedaran terhadap objektif ini, baginda meminta Muslim untuk bersaudara di antara satu dengan lain hanya kerana Tuhan dan mengikat mereka di dalam pasangan. Baginda menerangkan bagaimana pun baginda dan Ali adalah saudara … (The Life of Mohammed, 1935)
Muhammad [s.a.w] telah menjadikan Muhajirin dan Ansar ‘saudara’ di antara mereka. Tetapi Ali seperti diri baginda adalah Muhajirin (pendatang), malah baginda (Muhammad) memilih beliau (Ali) untuk menjadi saudaranya. Dengan melakukan ini, baginda telah meninggikan kedudukan Ali ke tahap yang utama di dalam Islam. Ali walaupun masih muda, telah mengalahkan yang lain di dalam berkhidmat kepada Islam dan ketaatan di dalam melaksanakan tugas kepada Allah dan pesuruhNya. Beliau mendapat kedudukan yang tinggi ini dengan berkat kebolehan dan karektor beliau.
Bagaimana pun ini bukanlah kali pertama Rasul Allah mengistiharkan bahawa Ali adalah saudaranya. Sebelum ini, ketika masih berada di Makkah, baginda telah menjadikan sahabatnya yang utama ‘saudara’ di antara mereka. Pasangan ‘saudara’ di Makkah adalah Abu Bakar dan Umar; Uthman bin Affan dan Abdur Rahman bin Auf; Talha dan Zubayr; Hamza dan Zayd bin Haritha; dan Muhammad Mustafa ibn Abdullah dan Ali ibn Abi Talib.
Imam Nuruddin Ali ibn Ibrahim al-Shafei'i telah menyebutkan dari Rasul Allah di dalam bukunya, Seeret Halabia (jilid. II, ms. 120) sebagai berkata: "Ali adalah saudara saya di dunia ini dan juga di akhirat."
Penilaian terhadap peranan Muhajirin dan Ansar
Muhajirin telah kehilangan segala milik mereka di Makkah, dan mereka memasuki Yathrib dengan tangan kosong. Mereka terdiri dari dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri dari perniaga dan perdagang sebagai perkerjaan, dan mereka adalah golongan yang sangat kaya. Apabila mereka masuk ke Madinah, mereka memulakan perniagaan, berjaya di dalamnya, dan menjadi kaya semula.
Kumpulan yang satu lagi terdiri dari yang ‘zuhud’ dalam Islam. Mereka adalah yang miskin di Makkah, dan apabila mereka berhijrah ke Madinah, mereka masih memilih untuk menjadi miskin. Mereka menolak kekayaan dunia, mereka tidak pernah memegang kuasa ekonomi di dalam tangan mereka pada bila-bila masa. Wakil kumpulan ini adalah manusia seperti Abu Dharr al-Ghiffari; Ammar ibn Yasir dan Miqdad ibn al-Aswad. Allah memberi mereka penghormatan di dalam kitabNya seperti berikut:
(sebahagian adalah hak) Muhajirin yang miskin, mereka yang telah diusir dari rumah dan harta mereka, ketika mencari keridhaan dan kurniaan Allah, dan membantu Allah dan RasulNya: begitulah mereka-mereka yang benar. (Surah 59; ayat 8)
Ansar melayani Muhajirin dari Makkah, lebih baik dari saudara sendiri telah lakukan. Mereka berikan penginapan di dalam rumah mereka, menjadikan rumah mereka rumahnya; menjadikan mereka rakan kongsi di dalam pertanian, atau memberikan mereka setengah dari tanah mereka. Ansar yang berniaga, menjadikan Muhajirin rakan mereka di dalam perniagaan. Sejarah tidak dapat menghasilkan yang setanding dengan kebajikan Ansar. Mereka adalah ‘tuan ‘rumah’ bukan sahaja kepada Muhajirin yang melarat tetapi juga kepada Islam itu sendiri. Islam yang telah dicabut di Makkah, telah menemui akarnya kembali di Madinah, mula subur dan akhirnya boleh berdikari.
Ansar adalah punca keperluan untuk hidupnya Islam secara fizikal. Di manakah Islam boleh berada dan di manakah Muhajirin hendak pergi jika Ansar tidak memberikan mereka tempat perlindungan? Apabila permusuhan dengan musyirik bermula, adalah pihak Ansar, bukannya Muhajirin, yang menanggung beban peperangan. Tanpa sokongan mereka yang padu kepada Rasul, peperangan di dalam Islam tidak dapat dilakukan, jauh sekali untuk menang. Mereka jugalah penerima penghormatan dan pengiktirafan dari langit, seperti yang kita baca di dalam ayat Al-Qur’an al-Majid:
‘Tetapi mereka yang, mempunyai kediaman [di Madinah] dan telah beriman, - menunjukan kasih sayang kepada yang datang kepada mereka untuk berlindung, dan tidak melayani kehendak, yang ada di dalam hati mereka terhadap apa yang telah diberikan kepadanya [muhajirin], tetapi memberikan keutamaan dari diri mereka, walaupun mereka sendiri berkehendak [miskin]. Dan mereka terselamat dari kekikiran di dalam hati mereka, merekalah yang mendapat kemenangan (Surah 59; ayat 9)
Muhajirin pada mulanya, tidak mempunyai apa-apa untuk membalas kemurnian hati dan kebaikan Ansar. Tetapi pernahkah mereka mengakui untuk berterima kasih? Dapat dilihat bahawa dengan pengecualian dua Muhajirin, yang lain tidak pernah melakukannya. Dua yang terkecuali adalah Muhammad Mustafa, Rasul Allah dan Ali, wazirnya. Mereka mengakui pertolongan yang diberikan oleh Ansar dan tidak pernah lupa untuk berterima kasih dan bersyukur terhadapnya bila sahaja berpeluang untuk menyatakan dengan perbuatan dan percakapan. Lagi pun kedua mereka, Muhammad dan Ali, adalah penjaga dan pemelihara prinsip Islam, dan mereka sedar bahawa Islam telah menemui syurganya di Madinah bersama Ansar. Dari itu Ansar mempunyai tempat yang khusus di dalam hati mereka.
Muhajirin yang selebihnya, i.e., yang kaya di antara mereka, telah mengabai Ansar, tidak seperti Muhammad dan Ali. Apabila kekuasaan berada di dalam tangan mereka, mereka menolak Ansar kebelakang, dan memberi mereka peranan yang kecil. Pada mulanya mereka sekadar mengabaikan Ansar. Tetapi diabaikan tidaklah seburuk jika dibandingkan dengan apa yang menimpa mereka kemudiannya.
(Di antara waktu Syura dan penyuntingan buku ini telah berlaku dua trajedi, iaitu Karbala, apabila Husayn dan pengikutnya telah dibunuh dalam tahun 61 H dan pengeledahan terhadap Madinah dalam tahun 63 H, apabila 10 000 Ansar termasuk tidak kurang dari 80 dari para sahabat Rasul telah dibunuh). – Dipetik dari Pengenalan pada Biografi Rasul oleh Ibn Ishaq).
Muhajirin telah mengecewakan musyirik Makkah - Umayyah. Maka, Ansar adalah musuh terbesar Umayyah. Jika kebajikan Ansar kepada Muhajirin tidak ada tandingnya di dalam sejarah, begitu juga penindasan yang terkemudian [Muhajirin] terhadap penolong mereka [Ansar] tidak ada tandingannya juga. Apabila Muhajirin datang ke Madinah, Ansar adalah ketua mereka. Hanya melalui kebajikan Ansarlah, Muhajirin dapat memasuki Madinah. Tetapi sebaik sahaja Muhammad Mustafa, Rasul Allah, sahabat dan pendorong bagi Ansar, wafat, mereka tidak lagi menjadi ketua di dalam rumah mereka. Wafatnya baginda adalah tanda untuk berputarnya kedudukan mereka.
Sumber: Menyampaikan semula sejarah Islam dan Ummah Muslim oleh Sayyid Ali Asgher Razwy
Catatan Popular
-
kisah teladan para wali Allah dan ahli tasawuf, para sufi Rabiah Al-adawiyah, Al-Ghazali, Al-Jaelani. al hallaj,kata mutiara sufi, tasawuf, ...
-
Dikisahkan Syeikh Abu Hasan As-Syazili berkelana mencari mursyid dan bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang pa...
-
Beliau adalah seorang Sayyid dan Syarif (julukan khusus untuk keturunan Nabi Muhammad SAW) Imam para Wali dan orang-orang sholeh (Al-Qutub) ...
Sabtu, 14 Mei 2011
Sekelumit tentang peristiwa Hijrah Rasulullah saw
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan